Ramai yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional, tapi ramai juga yang hanya mampu tengok je kegembiraan rakan-rakan. Mereka yang tak layak ini bukan bermakna mereka ni kaya-raya, tapi sebenarnya mereka “lebih berkemampuan” daripada orang yang betul-betul memerlukan.
Tak apa, itu rezeki mereka. Pada yang tak layak menerima BPN, bukan bermaksud mereka diabaikan sepenuhnya. Sekiranya korang merupakan pencarum KWSP, korang dibenarkan membuat pengeluaran i-Lestari sehingga RM500 sebulan untuk tempoh setahun. Cuma dengan syarat, baki didalam akaun 2 mempunyai baki yang mencukupi dan ia tertakluk kepada situasi berikut:
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
Untuk pengeluaran i-Lestari ini, prosesnya sangat mudah kerana pihak KWSP turut membenarkan urusan pengeluaran dilakukan secara online sepenuhnya.
Bagi mereka yang pernah membuat pengeluaran akaun 2 KWSP untuk pengurangan pinjaman rumah, for sure dah cukup familiar dengan kaedahnya. Tapi bagi korang yang tak pernah membuat pengeluaran, mungkin perkongsian cara pengeluaran ini sedikit sebanyak dapat membantu.
Cara pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 melalui dalam talian
- Pergi ke laman web KWSP, kemudian login i-akaun
- Pilih Pengeluaran
- Pilih i-Lestari
- Isikan butiran peribadi, amaun yang dipohon dan nombor akaun bank
- Semak perakuan
- Masukkan TAC number
- Membuat pengesahan setuju
- Dan, simpan atau screenshot details untuk rujukan sekiranya makluman penghantaran berjaya
Untuk makluman, bagi mendapatkan nombor TAC itu korang perlulah membuat kemaskini nombor telefon bimbit didalam i-Akaun melalui mana-mana KIOSK layan diri KWSP.
Tapi sekiranya korang belum mempunyai akaun i-Ahli, boleh ikut cara dibawah untuk mendapatkannya.
Pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun melalui email
Ahli boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:
- Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat turun borang); dan
- Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
- Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
- Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
- Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
- Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:
- Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.
Bila bayaran akan dibuat selepas permohonan i-Lestari diluluskan?
Untuk makluman, bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Selalunya apabila pengeluaran dibuat, notifikasi akan diterima melalui SMS.
Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
Secara teknikalnya, pengeluaran i-Lestari melalui online (atas talian melalui laman web KWSP) ini adalah cara yang terpantas dan paling mudah untuk korang gunakan. Ini kerana sekiranya seseorang itu ingin melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari secara manual, sama ada melalui email, pos ataupun kourier, cara permohonannya adalah lebih rumit dan memakan masa.
Permohonan pengeluaran i-Lestari secara manual melalui e-mel
Ahli perlu mengimbas dan mengemukakan borang (dapatkan borang pengeluaran i-Lestari disini) berserta dokumen sokongan seperti di bawah dan dihantar melalui e-mel ke alamat ilestarimohon@epf.gov.my:
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia)
- Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) Ahli yang AKTIF
Permohonan Pengeluaran i-Lestari secara manual melalui pos/pos berdaftar/kurier
Ahli perlu menghantar permohonan pengeluaran dan dokumen sokongan seperti di bawah dan dihantar melalui pos/pos berdaftar/kurier :
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) yang jelas
- Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia)
- Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) Ahli yang AKTIF
Dokumen tersebut hendaklah dihantar ke alamat:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya.
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai, korang boleh layari laman FAQ pengeluaran i-Lestari ataupun hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000. Ataupun boleh juga dapatkan info terkini di laman sosial KWSP di www.facebook.com/KWSPMalaysia.