in

Redakan Selsema Bayi


Didalam entri ringkas kali ini, ingin Hafiz kongsikan satu cara pantas bagi golongan ibu bapa membantu melegakan selsema anak-anak kecil.

Seperti yang telah diketahui ramai, apabila selsema menyerang si kecil..adalah sesuatu perkara yang mustahil bagi mereka menghembus hingus dengan sendirinya jika dirasakan hidung mereka tersumbat.

Oleh itu..

Nasal Aspirator_selsema bayi

Taraaa..Nasal Aspirator. Fungsi benda ini adalah untuk menyedut keluar hingus2 pekat yang telah menyekat rongga pernafasan si kecil.

Cara penggunaannya amat mudah, iaitu dengan menghubungkan salah satu hujung tiub (yang gemuk) ke hidung yang tersumbat dan lagi satu hujung tiub itu ke mulut penyedut (korang sendirilah). Kemudian sedut..sedut..dan sedut secukup rasa hinggalah dirasakan hingus yang menyekat hidung sikecil itu telah habis disedut. Senang kan?

p/s: Pernah sedut terlebih kuat, hingus khair masuk dalam mulut. Yummy..macam cendol.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *