Dalam bulan Julai 2017, Google telah memperkenalkan 2 lagi format baru dalam penyediaan iklan Google Adsense iaitu In-feed ads dan juga In-article ads. Pada mula ia diperkenalkan, format iklan In-feed ads agak mengelirukan kerana pada jangkaan awal aku, In-feed ads adalah iklan yang akan dipaparkan di dalam RSS feed sesebuah blog.
Namun setelah diteliti penerangan yang disediakan oleh Google, rupa-rupanya pemahaman aku itu salah. Format iklan In-feed ads ini sebenarnya bukanlah iklan yang akan dipaparkan pada RSS feed blog, sebaliknya ia adalah jenis iklan yang akan boleh ditetapkan untuk mengikuti paparan entri sesebuah blog.
Sebagai contoh pada paparan desktop blog Hafiz Rahim, setiap artikel yang diterbitkan di laman utama, ia memaparkan gambar disebelah kiri diikuti tajuk artikel disebelah kanan.
Jadi, untuk lebih menyesuaikan iklan-iklan yang akan keluar didalam senarai entri-entri blog, Google Adsense menyediakan format In-feed ads dengan 4 pilihan tetapan; yang mana ianya boleh disesuaikan mengikut format paparan entri di homepage yang telah digunakan oleh kita.
Sebagai contoh – pilihan kedua In-feed ads iaitu Image on the side bagi menepati paparan entri di homepage blog Hafiz Rahim.
Dengan menggunakan pilihan iklan ini, sedikit sebanyak iklan-iklan yang dipaparkan akan hampir menyerupai paparan entri-entri sedia ada di dalam blog korang. Yakni, gambar disebelah kiri dan tajuk disebelah kanan.
Okay? Faham?
Sekarang pula..
Bagaimana untuk masukkan iklan jenis In-feed ads ini ke dalam blog?
Itu mudah saja bagi blog ber-platform-kan WordPress. Dengan bantuan sejenis plugin yang diberi nama, Ad Inserter, proses memasukkan iklan In-feed ads menjadi satu langkah yang sangat mudah dan ringkas. Korang boleh follow tutorial ringkas dibawah.
Cara mendapatkan kod iklan In-feed ads
- Langkah pertama, log masuk ke akaun Adsense korang kemudian klik pada pilihan My Ads.
- Pada bahagian Content > Ad Units, klik pada New Ad unit.
- Klik pada pilihan In-feed ads.
- Seterusnya, korang akan diberi 4 pilihan paparan iklan. Sila pilih dan sesuaikan dengan blog masing-masing; seperti yang diterangkan diatas, blog Hafiz Rahim menggunakan pilihan Image on the side.
- Masukkan nama iklan untuk dijadikan rujukan, buat pengubahsuaian (sekiranya perlu) pada pilihan yang disediakan kemudian Save and get code.
- Beberapa baris kod iklan akan dipaparkan, Salin kod iklan tersebut untuk dimasukkan ke dalam plugin Ad Inserter nanti.
Cara memasukkan kod iklan In-feed ads ke dalam plugin Ad Inserter
- Log masuk ke dalam dashboard blog WordPress korang, muat turun dan aktifkan plugin Ad Inserter.
- Di bahagian Settings > Ad Inserter, korang akan disediakan 16 blok kosong (untuk dimasukkan kod-kod iklan pilihan korang); yang mana setiap satu daripadanya boleh ditetapkan iklan yang berlainan.
- Pilih salah satu blok dan masukkan kod iklan yang telah disalin daripada Google Adsense sebentar tadi (aku sarankan mula dengan blok 1 supaya mudah untuk disemak semula kemudian hari).
- Seterusnya, dibahagian Automatic Insertion pilih Between Posts dan tick juga pada Homepage.
- Kemudian, Save all settings untuk mengesahkan penetapan. Selepas 10-20 minit setelah iklan baru In-feed ads aktif, korang akan dapat melihat iklan ini dipaparkan di laman utama blog korang. Siap.
Sebarang persoalan boleh diajukan dikotak komen. 🙂
Nota: Kelebihan format iklan adsense jenis baru, ia nampak lebih natural berbanding format iklan adsense jenis yang lama.
Nota 2: Untuk blog yang menggunakan blogspot, perlu copy and paste kod iklan ke dalam template blog korang.
Okay faham, tq for sharing tuan
Tak Susah rupanya,
Terima kasih atas tutorialnya…
Sangat bermanfaat..blh lah belajar sikit2 pasal cara letak iklan adsense dalam artikel blog
Terima kasih kongsi cara letak iklan adsense dalam blog..terima kasih admin banyak membantu.