in

Cara Memasang Google Analytics Di Blog


Google Analytics, the most reliable and trusted tracking tools yang dibina oleh Google sendiri. Kalau korang sebagai blogger yang serius, benda ni dah dikira tools wajib yang korang kena ambil tahu.

Fungsinya, tak lain tak bukan untuk track segala rekod keluar masuk pengunjung ke dalam blog korang. Yang mana segala data termasuk IP address, umur, jantina, lokasi, tempoh baca dan lain-lain direkodkan.

Walaupun tools ini ditawarkan penggunaannya secara percuma kepada semua, namun untuk menggali segala data yang dinyatakan diatas, pemasangan tracking code perlu dilakukan terlebih dahulu.

Cara untuk mendapatkan tracking code Google Analytics

Note: Aku andaikan korang baru nak create account untuk website baru.

  1. Log masuk ke akaun Google Analytics dan klik butang Admin disebelah bawah kiri.
  2. Diruangan Account, klik pada Create New Account.
  3. Didalam tetapan New Account, masukkan data yang diperlukan: Account Name, Website Name, Website URL, Industry Category dan juga Reporting Time Zone. Kemudian klik butang Get Tracking ID.
  4. Pada paparan popup Google Analytics Terms of Service Agreement tukarkan country/region pada Malaysia, kemudian tekan butang I Accept.
  5. Selepas itu tracking code seperti yang telah di-highlight biru kan akan diberikan kepada korang.

Selesai mendapatkan tracking code yang perlu dipasang kedalam blog, seterusnya korang perlu meletakkan tracking code tersebut kedalam template ataupun theme blog korang.

Untuk pengguna blogspot, sekiranya korang blur-blur bagaimana untuk memasukkan tracking code tersebut, korang boleh rujuk tutorial pemasangan google analytics di blogspot. Namun sekiranya korang menggunakan self hosted WordPress, korang boleh rujuk tutorial dibawah.

Cara memasang tracking code Google Analytics ke dalam blog WordPress TANPA menggunakan plugin (cara rumit)

Nota: Please take note, blog WordPress yang dimaksudkan adalah blog WordPress self hosted (iaitu blog yang menggunakan hosting sendiri).

  1. Log masuk ke dalam dashboard WordPress korang, kemudian pergi ke bahagian Appearance » Editor. Dibahagian kanan, cari dan klik pada header.php.
  2. Seterusnya, masukkan code Google Analytics yang telah di-copy tadi betul-betul dibawah tag <body> ataupun <body <?php body_class(); ?>>.
  3. Dan klik Update File. Siap, itu saja.

Cara memasang tracking code Google Analytics ke dalam blog WordPress MENGGUNAKAN plugin (cara mudah)

Cara kedua memasang tracking code Google Analytics adalah dengan menggunakan plugin. Plugin iaitu script atau perisian yang dibina dengan fungsi-fungsi tertentu, membolehkan pengguna untuk memasukkan fungsi-fungsi tambahan ke dalam blog tanpa memerlukan pengguna mengetahui bahasa pengaturcaraan yang kompleks.

  1. Log masuk ke dalam dashboard WordPress korang, kemudian pergi ke bahagian Plugins » Add New.
  2. Di ruangan kotak search, taip nama plugin Insert Headers and Footers. Kemudian klik pada butang Install Now, kemudian diikuti dengan klik Activate.
  3. Seterusnya pergi ke Setting » Insert Headers and Footers. Masukkan code Google Analytics yang telah di-copy tadi ke dalam ruangan Scripts in Header dan klik butang Save.

That’s it. Siap! Itu saja proses yang perlu dilakukan sekiranya korang ingin memasang Google Analytics ke dalam blog WordPress korang.

Nota: Selepas pemasangan tracking code dilakukan, Google Analytics mungkin akan mengambil masa sehingga beberapa jam untuk mengumpul data-data blog korang.

p.s: Please take your time to go through this tutorial carefully. Benda senang je. Tapi kalau ada yang korang tak faham juga, boleh tinggalkan soalan di ruangan komen. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Salam, thanks for sharing. Saya dah registered and follow macam yang En Apis ajar tuh. Cuma nya, kurang faham nak copy code tulisan html tuh . Apa yang saya buat, saya copy lepas tuh bukak layout, then pegi dekat add gadget and pilih html/java script. Lepas tuh saya paste situ. Betui ka? hehe..

    Harap boleh membantu. Thanks.

    • Wsalam. kalau nak paste code analytics dalam blogspot lain sedikit caranya.

      Login blogger.com. Pergi ke Theme >> Edit HTML >> Paste code betul-betul bawah tag ni <body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>

      Lepas tu save.

  2. Bila panduan HR ni dikeluarkan.

    Asyraf rasa baru betul letak kod GA ni.

    Patut la lama menunggu tak muncul-muncul result. Aduh panduan luar negara ni kadang-kadang merapu huh ..

    Thanks for this HR.

Leave a Reply to Nany Adifah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *