Kadang-kadang aku menyampah guna Youtube sebab bila nak dengar sesuatu lagu, tak boleh play secara background. Nak juga kena paparkan video supaya muzik terus dimainkan. Betul tak? Kalau sengaja nak layan video memang aku tak kisah, tapi masalahnya bila ada waktu tertentu memang rasa nak dengar lagu je tanpa video. Annoying kan?
Tapi bukanlah kata Youtube tak bagi langsung mainkan lagu secara background. Boleh sebenarnya. Cumanya pengguna nak kena subscribe dulu Youtube Premium untuk mendapatkan fungsi tersebut. Dah la macam mahal.. tak ke rasa macam bazir.
Tapi hari ni bila layan Twitter, terjumpa satu perkongsian menarik yang mana melalui iOS (sebab aku pakai iOS) sebenarnya ada cara yang membolehkan korang layan lagu di Youtube secara background tanpa perlu membayar apa-apa pun.
Caranya?
Ni haa.. pakai aplikasi Musi. Aku tak tahulah bila aplikasi ini mula ditawarkan. Tapi semestinya ia merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku setakat ini. Penggunaannya adalah PERCUMA, dan yang paling best.. tak perlu nak daftar apa bagai. Muat turun, buka aplikasi terus search lagu dan play.
Simple weh dan aku sangat suka. So lepas ni kalau nak mainkan mana-mana lagu yang aku rasa tak dapat cari dekat Apple Music ataupun Spotify (unplugged version atau lagu cover lagu contohnya), bukak terus je la aplikasi Musi. Kualiti music pun tak ada beza mana pun dengan apa yang aku dengar melalui aplikasi Youtube. Jimat belasan ringgit sebulan. Heee.
Muat turun – Musi (untuk iOS)
Official website : feelthemusi.com
Note: Untuk Android tak ada. Tapi ada kawan bagitahu apps yang lebih kurang sama namanya Musi Stream.
Thanks for the sharing. This is really useful so that we do not need to have the screen turned on all the time.
Jarang dengar lagu, kecuali dekat radio time drive… hahahha