in

Cara Cegah Anak Ketagih Gadget Melalui Screen Time (iOS)


Aku tak tahu dah berapa kali aku ulang kenyataan ini.. tapi aku nak bagitahu lagi sekali bahawa aku cukup selesa dengan iOS. Sebabnya? Sebab iOS ada banyak fungsi-fungsi yang terbina memudahkan urusan harian aku. Tak perlu nak download aplikasi pihak ketiga, yang kadang-kala nak kena bayar yuran langganan yang bukan murah.

Salah satu daripadanya ialah aplikasi Screen Time. Aplikasi ni kalau ikutkan dah lama wujud, sejak tahun 2018. Tapi tahun 2020 ni je baru aku aktif guna. Kegunaannya adalah seperti untuk monitor berapa lama kita mengadap handphone.. Boleh tahu berapa jam kita layan Facebook, main WhatsApp berapa minit. Dan tak kurang juga ada fungsi nyahaktifkan penggunaan aplikasi secara automatik mengikut tetapan yang dibuat.

Walaupun secara asasnya aku tahu macam mana aplikasi Screen Time berfungsi, tapi semalam ada satu lagi fungsi aplikasi tersebut yang baru aku terokai. Dimana melalui penggunaan iOS Family Sharing, ia membenarkan aku untuk mengawal selia aktiviti penggunaan handphone anak-anak.

Aku boleh setkan berapa lama tempoh sesuatu aplikasi itu boleh digunakan, dan aku juga boleh hadkan aplikasi mana je yang dibenarkan penggunaannya. Contoh seperti dibawah, aku setkan untuk game PUBG Khair.

Khair hanya boleh bermain game PUBG selama satu jam setengah, selepas tamat tempoh tersebut.. aplikasi akan di halang penggunaannya.

Bagus kan? Yes.. memang bagus. Fungsi ini sedikit sebanyak membantu aku untuk tidak memekik terlolong supaya Khair stop main game dan pergi mandi. Hahaha. Dan ia juga secara tak langsung mengelakkan Khair daripada menjadi addicted dengan penggunaan handphone.

Menariknya lagi, kesemua had penggunaan ini aku boleh kawal secara remote. Dalam erti kata lain, aku kawal melalui iPhone 11 Pro aku je (sebab iPhone 11 Pro aku dah ditetapkan sebagai organizer). Jadi, tak kisah sama ada kawalan itu dibuat ketika aku berada di pejabat dan Khair di rumah, asalkan ada sambungan data internet. Semuanya berfungsi dengan elok. Heee.

So mak ayah sekalian.. boleh aku rumuskan kat sini, beli handphone bukan semata-mata kamera gempak ataupun sekadar nak bergaya. Tapi alang-alang membeli tu biarlah penggunaannya pelbagai. Tak ada lah orang akan kata, handphone beribu-ribu.. takkan guna untuk WhatsApp dan Facebook je. Hehehe. Bakar line ni.. bakar line. ;p


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Pedro Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *