Cara-Cara Mudah Untuk Semak Tempat Mengundi


Cara semak tempat mengundi, benda yang akan orang cari setiap 5 tahun. Terutamanya bagi golongan muda berumur 21 tahun yang baru berdaftar sebagai pengundi yang sah.

Sebenarnya ada banyak cara untuk kita membuat semakan tempat mengundi, dan yang pastinya kesemua rekod semakan adalah berdasarkan data yang telah didaftarkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Cara tersebut terbahagi kepada 4, yang mana ianya diterangkan dalam sub-sub tajuk dibawah.

1. Semakan tempat mengundi melalui sistem online

Apa yang perlu korang lakukan hanyalah dengan melayari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di bahagian semakan pemilih isi rumah, pengundi.spr.gov.my.

Kemudian masukkan nombor kad pengenalan seterusnya, klik pada semak untuk mendapatkan butiran semakan tempat mengundi.

2. Semakan tempat mengundi melalui SMS

Cara kedua juga mudah dimana korang hanya memerlukan telefon. Kemudian korang perlu menghantar SMS mengikut format dibawah.

  • Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888 atau,
  • Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888

3. Semakan tempat mengundi melalui aplikasi telefon pintar

Cara ketiga yang lebih moden dan seiring dengan arus permodenan dimana korang perlu memuat turun aplikasi MySPR Semak.

Aplikasi ini yang boleh dimuat turun melalui App Store (untuk iOS) ataupun Google Play (untuk Android) disediakan secara percuma kepada semua pengguna, turut menyediakan fungsi untuk semakan senarai calon serta keputusan pilihan raya kelak.

4. Semakan tempat mengundi melalui panggilan telefon

Cara tradisional yang merupakan cara terakhir bagi seseorang untuk menyemak tempat mereka membuang undi adalah melalui panggilan telefon. Dimana nombor telefon yang perlu dipanggil adalah 03-8892 7000.

Mudah kan?

Untuk mereka yang telah disahkan sebagai pengundi, laksanakan tanggungjawab dengan baik. Semoga kita dapat memilih ketua atau kerajaan yang dapat memberikan kesejahteraan dunia dan akhirat. Aminn.



TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini