in

Cara Bayar Saman Melalui MYEG


Proses pembayaran saman di kaunter sememangnya melecehkan semua orang termasuk diri aku sendiri. Masa yang sepatutnya digunakan untuk perkara lain, dibazirkan begitu sahaja apabila semua orang terpaksa beratur didalam satu barisan yang panjang sebelum tiba ke kaunter pembayaran.

Disebabkan itu, aku menggunakan cara alternatif lain untuk menjelaskan saman iaitu melalui portal MYEG. Hanya dengan beberapa klik sahaja, segala urusan pembayaran saman selesai. Cepat dan pantas.

So, untuk sesiapa yang ingin menggunakan kaedah yang sama. Aku telah senaraikan cara-cara melakukan pembayaran saman secara online seperti dibawah:

  1. Login MYEG dan semak saman, hanya nombor kad pengenalan diperlukan bagi membuat semakan.
  2. Sekiranya terdapat sebarang saman yang dikenakan, ia akan disenaraikan berserta butiran semasa kesalahan dilakukan. Korang hanya perlu tekan butang “proceed” untuk terus membuat pembayaran.
  3. Jumlah bayaran saman akan dipaparkan bersama tambahan servis charge sebanyak RM2. Tekan lagi butang seterusnya.
  4. Terdapat 2 pilihan untuk cara membuat pembayaran. Sama ada melalui kad kredit ataupun online banking. Hafiz lebih selesa sekiranya menggunakan pilihan kedua, iaitu online banking. ~Usaha mengurangkan hutang kad kredit. Hehehe.
  5. Pilihan bank yang disediakan bagi yang ingin membuat bayaran secara online banking.
  6. Login ke akaun online banking, paparan mungkin berbeza mengikut pilihan bank masing-masing. Pastikan akaun bank korang mempunyai baki yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang error.
  7. Jumlah akhir saman yang dikeluarkan ke atas akaun bank korang. Tekan “continue” sekiranya nilai yang dipaparkan sama seperti langkah (3).
  8. Pengesahan melalui TAC (Transaction Authorization Code)
  9. Sekiranya tiada sebarang masalah bagi semua langkah diatas, status pembayaran akan terpampang di skrin pc atau laptop korang. Siap.
  10. Untuk rekod, segala maklumat tentang pembayaran yang telah dilakukan akan tersimpan didalam profile akaun MYEG masing-masing.

Mudah bukan? Dan untuk pengetahuan korang, MYEG bukan sahaja menyediakan servis pembayaran saman PDRM dan JPJ. Terdapat juga servis-servis lain seperti pembaharuan cukai kereta (road tax), semakan cukai pintu, pungutan zakat, penukaran MyKad sekiranya berlaku kerosakan, pembayaran bil elektrik dan juga bil telekom.

p/s: Suka bayar roadtax melalui MYEG. Pagi buat pembayaran, petang dah ada orang hantar ke rumah.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Kalau kita dapat surat saman , then kita bayar guna myeg.. surat saman yg kita dapat tu mcm mne ? Abaikan saja ? Ke nak kne bawak pegi tempat pembayaran saman untuk pengesahan yg kita dah bayar ?

Leave a Reply to Rez Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *