Salah satu faktor penyumbang kekuatan SEO sesebuah blog adalah dengan penggunaan SSL. Sedia maklum bahawa untuk memiliki sijil SSL memerlukan pemilik laman web atau blog untuk membayar sejumlah bayaran bagi membeli sijil SSL tersebut.
Namun disebalik pembayaran yang perlu dibelanjakan, terdapat juga beberapa cara untuk bagaimana kita memperolehinya secara percuma.
Pertama, dengan penggunaan nameserver Cloudlfare yang kemudiannya perlu diaktifkan sijil SSL dengan penggunaan plugin Really Simple SSL.
Cara kedua pula yang lebih mudah, iaitu dengan menggunakan hosting yang sedia menawarkan SSL secara percuma.
Antara hosting provider yang dikenalpasti menawarkan SSL secara percuma adalah GB Network. Dengan harga serendah RM80 setahun, penggunaan SSL boleh digunakan pada mana-mana website ataupun blog yang dibangunkan.
Cuma sedikit tutorial ringkas bagi pengguna WordPress untuk memunculkan SSL ini didalam blog mereka, adalah seperti berikut:
- Pergi ke Setting > General
- Tukar WordPress Address (URL) dan juga Site Address (URL) kepada https://namablogkorang.com
- Save
- * Jika korang menggunakan plugin Yoast, pergi ke SEO > Tools, kemudian diruangan .htaccess masukkan kod redirect http ke https ini dibahagian paling bawah
RewriteEngine On RewriteCond %{HTTPS} off RewriteRule (.*) https://%{HTTP_HOST}%{REQUEST_URI} [R,L]
- Klik Save changes to .htaccess
Nota: Sekiranya korang tak menggunakan plugin Yoast, boleh masukkan kod yang diberikan ke .htaccess melalui FTP (File Transfer Protocol). FTP yang disyorkan adalah Filezilla.
p.s: Link affiliate GB Network disertakan bagi memudahkan sesiapa yang berminat untuk menggunakan hosting ini membuat tempahan. Klik sini untuk tempah – Hosting murah GB Network
salam.. biasanya harga cert ni berapa ye?
boleh bagi details?
kalau nak setting utk own server camne?
Bergantung pada seller dan jenis cert. Ada yang murah, ada yang mahal.
Tahun depan boleh tambah hosting GB Network.
Okay DONE. Setel setting HR.
Thanks sangat.
Website tuan pakai plan GB Network yg mana, ya? Laju semacam je..
Saya pakai yang shared hosting, silver tu je.