Cabaran 30 Hari Day 5 – Ayat Untuk Bekas Kekasih

Okay. Entri ini merupakan task yang kelima untuk cabaran 30 hari. Pada mulanya aku fikir macam nak twist sikit tajuk supaya ianya nampak lain daripada yang lain. Tapi disebabkan takut tidak menepati citarasa penganjur, so aku just abaikan.

Back to the story, persoalan untuk hari ini agak jiwang karat sikit. Tajuknya berbunyi “3 Perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih“.

Awek Aussie – Ex yang ke-50 ratus

Well..

Untuk bekas-bekas kekasih, aku memang dah simpan lama dah ayat-ayat ini. Cuma sehingga sekarang aku masih belum berpeluang untuk sampaikan kepada mereka secara direct.

In case kalau diorang termasuk dan terbaca blog picisan aku ini, mohon korang semua hadamkan betul-betul ayat-ayat yang simple ini.

Alhamdulillah kau dah jadi ex aku. Kalau tak kerana kita break dulu, mungkin aku takkan ada happy family macam sekarang.

Kenapa kau block FB aku? Jeles ye tengok aku jadi BFF Lisa Surihani?

Dan, last but not least.. yang paling penting..

Kau jangan buat-buat lupa ye. Hutang lama belum settle lagi, sila bayar cepat. Kau ingat aku nak halalkan, huh?

Hahaha. Over tak? Agak lah kan.

Tapi sebenarnya.. korang janganlah percaya sangat ayat-ayat tu. Saja bikin gempak je. Yang sebetulnya aku ini baik dan pemaaf orangnya. Tak elok gaduh-gaduh.

Mungkin kalau aku jumpa ex-ex aku pun, ayat yang sebetulnya aku just cakap macam ni je.

Awak.. Awak memang cantik. Dari dulu sampai sekarang, memang maintain. Tapi kalau boleh perangai pun jangan lah maintain sama je. Hutang saya bila mau bayar daa?

p/s: Hehehe.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Rupa-Rupanya Kena Taun

    Creative Bags By Terminus, Memang Unik