in

Cabaran 30 Hari Day 4


Task hari ini, buku kegemaran anda?

Adoyai. Tak ada soalan lain ke yang nak diberikan? Serius, aku tak ada idea nak jawab ni.

Okay untuk makluman.. Jujur aku cakap, aku bukanlah seorang yang mempunyai sifat bibliophilism yang suka menghabiskan masa membaca penulisan-penulisan orang lain yang ditulis diatas kertas.

Apa-apa yang aku gemar lakukan semuanya berkait rapat dengan komputer. Sebagai contoh, jika aku ingin membaca sekalipun.. Aku lebih prefer penulisan teks yang ditulis didalam sebuah portal, web, blog ataupun online magazine. Bagi aku, penulisan sebegini yang boleh dibaca secara online lebih mudah untuk dicapai dan dibuat rujukan serta cross reference antara satu info kepada satu info yang lain, boleh dibuat dengan lebih cepat berbanding penulisan teks diatas buku yang memerlukan korang membelek helaian buku itu satu demi satu.

Antara buku ilmiah yang terbaru aku beli, Jangan Baca Buku Ini by Abang Ensem. Beli pada tahun 2013. Hahaha.

Yelah.. aku kan lelaki. Majoriti lelaki mana suka sangat membaca. Asal baca buku je terus mengantuk, especially bila tiba masanya membaca buku-buku sejarah. Tidak sampai 2 muka surat pun terus boleh terlelap, keberkesanannya mengalahkan ubat batuk. Hahaha.

So, mengenai persoalan kali ini. NO, tiada buku kegemaran dalam hidup aku. Semua sama saja. Lepas baca, habis simpan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

21 Comments

Leave a Reply
  1. Hahaha sama la apiz. Tapi bezanya apiz 2 muka surat baru terlelap..kira okla tu. Hanim setengah muka…..krohhh krohhhh hehe :p

  2. Haha.. Tajuk buku kata jangan baca buku ni… Mmg sesuai dgn org membelinya… Hehehe…
    Biasa lah bro… Zaman digital ni jarangcdah org beli buku kecuali Cerpen, novel, atau majalah…

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *