Hari kedua cabaran 30 Hari. Kali ini aku hendak berkongsi bersama pembaca mengenai satu topik yang agak personal di fikiran aku iaitu 5 Cara memenangi Hati Hafiz Rahim?
Adeh.. Jika diikutkan perasaan, agak keberatan juga sebenarnya bagi aku lepaskan info ini untuk dibaca oleh orang ramai. Yelah.. Info personal, takut nanti apabila sudah menjadi tatapan umum, ia akan diviralkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Maka, makin ramai pula gadis-gadis yang akan queue untuk cuba memenangi hati aku nanti. Hahaha.
Alrite, straight to the point. 5 cara untuk memenangi hati aku adalah seperti berikut:
- Low profile – Aku sedar akan kebanyakan rakan-rakan serta pembaca blog ini semuanya hebat-hebat belaka. Tapi, please.. secara jujurnya, cuba untuk bersikap low profile apabila berinteraksi dengan aku. Aku tahu aku bukanlah orang bijak pandai yang memerlukan tunjuk ajar daripada korang semua. Tapi bila korang asyik cerita korang je power, bila aku nak cerita ke-power-an aku pula? Hahaha
- Ego – Apabila kita berbicara tentang low profile, sifat lain yang berkait rapat dengannya adalah sifat ego. Ego ini tak dinafikan perlu ada pada setiap orang, tetapi ego pun biarlah ego yang bertempat. Tiada gunanya ego yang terlalu tinggi hinggakan pendapat atau nasihat rakan-rakan sekeliling yang lebih arif tentang sesuatu perkara pun disangkalnya bulat-bulat. Asyik korang je betul, bila giliran aku nak betul nya?
- Jujur – Rasanya tak ada orang dalam dunia ni yang suka dengan penipu. Sama juga dengan aku. Sekali aku ditipu, akan aku ingat sampai bila-bila. Penipu dengan ditipu, dua perasaan yang berbeza-beza. Siapa pernah tipu aku sila bagitahu sekarang.
- Mulut murai – Ini salah satu perangai orang yang cuba aku elakkan. Bukan aku tidak suka berkawan dengan orang yang suka bercakap. Tapi.. korang tahu tak sebenarnya aku kadang-kadang perlukan tempoh bertenang? Kesian telinga aku asyik kena dengar korang bercerita, boleh haus gegendang telinga. Mana nak cari spare part.
- Dan ini point yang paling penting jika ingin memenangi hati aku. Makan! Siapa yang rajin belanja aku makan, memang aku sayang dia ketat-ketat. Especially pada sesiapa yang sanggup belanja aku mee udang. Hahaha.
So dah tahu kan 5 rahsia untuk memenangi hati aku? Kepada peminat-peminat, boleh ambil nombor giliran masing-masing. Jangan berebut. :p
Hafiz, bagus kau ketengahkan suatu yang personal …biar aku dan juga mereka yg mahu rapat mengerti apa yg kau mahu..ehh, pcl siapa? mahu rapat dgn Hafiz…aku ingat kau ego , tapi egomu bertempat.
Laku la mee udang nanti. Hahahaa
Jumpa hafiz ni kena tanya soalan jela bagi dia cakap banyak.. Hehehe
ok i shut my mouth ,tak leh cakap banyak2 depan hafiz nanti dia marah hahahahah…
errrr…apiz mulut murai??? ye ker apiz mulut murai??? cam pendiam jer??? ha ha ha…
Awak .. jomm nak belanjee mee udang ni tp awak bayar . Boleh laaa eh eh haha
sama la xsuka bebelan , silent is needed so badly.
Ffiiuuuhhh sebaik ena ni jenis tak mulut murai.. hehehehe.. meh datang tg malim, ena belanja mee udang… ena masak sendiri
Hahah adeh.. meh lisa lanje mee udang..
Mee udang??? Sila belanja saya sekali hehe 😀
Jom makan mee udang reramaiii 😀 hikhik
Mulut murai??? Yeke?? Ko biar btul.. Hahha
sorry, aku tak makan udang.
so..terpaksalah belanja makan mee kosong aje. ok
Makan!! Mestilah syg org yg ske blnja kita mkn ye dop? Huhu
bagusnya.. yang no 5 tuh.. hahaha..
insyaAllah ada rezeki nnti kita belanje ye.. haha..
Lor… stakat blanjer mee udang jer… boleh sgt tp sajer xmo sbb xnak pikat ko… hahahah
MEE UDANG naik nama kat sini.. Ingat Mee Udang, ingat Hafiz.. Hehe..
Kalau yaya belanja coki coki boleh? :p
Ramai kata mee udang tu sedap, patut la dapat memenangi hati hafiz… Nak kena cuba ni… Hehe