Kurta ataupun jubah berjenama 5 Waktu, serious la siapa je yang tak kenal kan. Tiap-tiap tahun kot jenama ni trending kat laman sosial, setanding dengan kurta-kurta dan jubah berjenama yang lain. Honestly, disebabkan keinginan untuk memiliki jenama 5 Waktu ni dah menjadi satu trending.. aku sendiri pun ada sehelai kurta jenama 5 Waktu ni dan apa yang boleh dikongsikan, kualitinya memang terbaik.
Tak seperti kebanyakan kurta-kurta ataupun jubah-jubah lain yang berada dipasaran, salah satu sebab aku suka dengan kurta jenama 5 Waktu ini kerana kualiti yang diberikan tak bercanggah dengan apa yang diiklankan. Kainnya tebal, selesa, tampak eksklusif dan yang paling penting design cun weh.
Terbaru, seiring dengan bulan Ramadan yang bakal membuka tirai tak lama lagi, 5 Waktu muncul kembali menghangatkan keadaan bilamana baru-baru ini butik fizikal jenama ini dibuka untuk memberikan keselesaan yang lebih kepada pembeli untuk membeli.
Seperti yang sedia ramai yang sedia maklum, kawasan Bangi Sentral dah penuh dengan butik dan apabila tibanya bulan Ramadan, kawasan ini akan berlaku kesesakan trafik yang melampau. Jadi, dengan kewujudan cawangan baru butik 5 Waktu ini yang terletak di Seri Bangi, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, menyelesaikan masalah tersebut.
Parking banyak, kawasan tak crowded.. dan yang paling best, butik 5 Waktu baru ni mudah dicari apabila landmark yang terkenal disitu yang boleh membantu memudahkan orang mencarinya adalah ianya bersebelahan dengan restoran RSMY (ala kedai mamak naan cheese meleleh tu).
Bercerita sikit tentang butik baru 5 Waktu ni, sabtu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri grand opening butik tersebut. Difahamkan pada jam 11.00 pagi butik akan dibuka bagi memberi laluan kepada pelanggan untuk membeli kurta ataupun jubah pada harga diskaun.
Tapi, yang mengejutkan aku.. seawal pukul 9.00 pagi dah ada orang tunggu. Gila awal. Hohoho. Dan aku dimaklumkan, 100 pengunjung terawal akan dapat sehelai kurta percuma. Haih.. Beruntung yang datang awal kan.. aku sekadar mampu jealous je. Hahaha.
Setelah butik dibuka, pelanggan bersilih ganti masuk ke dalam untuk mencuba kurta atau jubah yang disusun. Dan of course, aku pun tak terlepas peluang nak cuba sehelai dua yang berkenan di hati.
Kurta Jabar warna biru..
Cewah.. dah macam model.
Kebanyakan kurta yang dihasilkan adalah bersaiz slim fit. So bagi mereka yang suka rekaan macam ni, aku sangat rekemen untuk korang datang ke sini. Lagipun, harga kurta 5 Waktu tak adalah harga mahal cekik darah sangat. Semurah berapa puluh ringgit je dah boleh dapat sehelai.
Jadi berbaki beberapa hari sebelum bermulanya bulan Ramadan ni, apa kata korang terjah cepat-cepat butik 5 Waktu yang baru. Bukan apa, kalau lambat takut nanti orang ramai. Lepas tu stok pun banyak dah habis. Kang melepas. Hee
Untuk maklumat lanjut ataupun promosi terkini, korang boleh ikuti mereka di laman Facebook – www.facebook.com/limawaktuofficial ataupun Instagram – www.instagram.com/limawaktuhq. Butik 5 Waktu dibuka setiap hari (kecuali hari Isnin – tutup).
BUTIK 5 WAKTU
(Seri Bangi) G10, Jalan 8/35, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
0122828907