in ,

Burger King Melancarkan Burger Premium Baru, Termasuk Signature Steakhouse Whopper


Hello penggemar makanan segera! Ada pepatah inggeris yang mengatakan, “the best stories are like the best burgers: big, juicy and messy.” Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda mengenai berita yang menggembirakan dari rangkaian makanan burger yang terkemuka dengan anda. 

Tahukah anda yang disaat ini, Burger King Malaysia sedang hangat memperkenalkan dua burger premium terbaru yang menjadi impian setiap idaman pencinta menu burger di luar sana! Antara burger tersebut adalah seperti gambar di bawah ini.

Memperkenalkan Burger Premium Terbaru Burger King, “The Signature Steakhouse Whopper”

Jika anda benar-benar sukakan menu burger, maka anda perlu segera bersiap sedia untuk santapan yang memuaskan dengan Burger King Signature Steakhouse Whopper! 

Burger ini sangat istimewa kerana ia dilengkapi dengan roti 5 inci yang lazat bersama daging lembu 100% yang di panggang terus ke atas api. Gabungan bersama keju Amerika, kepingan daging lembu dan bawang goreng yang rangup memang sangat luar biasa. 

Jadi jika anda benar-benar ingin merasai kelazatan burger seperti ini, pastikan anda tidak melepaskan peluang. Besar kemungkinan ia boleh membuatkan anda terkejut apabila mengetahui yang burger ini sama sekali tidak mempunyai bahan pengawet atau perisa tambahan. Ia diperbuat dengan bahan-bahan segar, 100% untuk kepuasan nikmat burger sejati untuk pencinta menu burger seperti diri anda!

Pencinta Ayam akan menyukai Burger Signature Farmhouse Tendercrisp dari Burger King

Tidak hanya ada burger daging lembu semata-mata bahkan para pencinta burger ayam juga turut akan berasa gembira. Ini kerana Burger King turut menawarkan variasi burger ayam terbaru untuk tersenarai sebagai salah satu burger kegemaran anda selepas ini. 

Burger King Signature Farmhouse Tendercrisp! Tidak ada yang perlu diperrtikaikan lagi kerana burger ayam goreng ini sudah tentunya enak. Burger premium baru ini turut dilengkapi dengan paha ayam berganda yang ‘juicy’ dan rangup. Sekali merasa, pasti akan hendak lagi dan lagi. 

Hidangan klasik Burger King di naiktarafkan sehingga 3 kali ganda!! Mari menikmati ‘The Burger King Triple Whopper Jr’

Di antara kumpulan klasik burger ini, Burger King Triple Whopper Jr. adalah kegemaran asli semua orang. Tanya mana-mana peminat Burger King dan mereka akan bercakap mengenai Whopper Jr – kegemaran ramai di seluruh dunia, burger ini baru sahaja mendapat peningkatan dari segi saiz malah juga dari segi rasa. 

Kini dengan tiga biji daging lembu yang empuk bersama kepingan keju , pastinya burger daging keju klasik ini akan membuatkan anda menginginkan lebih banyak kerana rasanya yang ternyata sangat sedap!

Super Savers untuk anda nikmati semua burger kesukaan anda dengan harga berpatutan!

Bersama dengan konsep ‘sharing is caring’, kini anda dapat menikmati burger lazat yang ada di Burger King seperti yang ditunjukkan di sini bersama keluarga dan rakan-rakan anda dengan harga yang jimat dan berpatutan. 

Tawaran Super Savers ini bermula dari 29 Julai 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Apa lagi yang anda nanti kan? Ayuh cepat buat pesanan Burger King dan nikmati tawaran hebat ini sekarang! Nak lebih mudah, anda boleh buat pesanan secara atas talian di website Foodpanda. 

Tak kira anda berada di rumah, di tempat kerja mahupun di mana saja. Asalkan ada Burger King dan servis Foodpanda di sekitar kawasan tersebut maka bolehlah anda pesan menu Burger King dengan dihantar oleh Foodpanda secara terus ke lokasi di mana anda sedang berada.

Foodpanda bukan saja dapat menjimatkan masa anda malah dapat membantu meringankan tugasan anda sendiri. Kalau dulu tiba waktu nak makan , bila ada rasa teringin nak makan itu atau nak makan ini, ternyata bukannya mudah. Kadangkala impian nak makan sesuatu terpaksa dikuburkan kerana faktor masa, komitmen kerja dan sebagainya. 

Namun kini, dengan adanya online food delivery seperti Foodpanda ini segalanya sudah berubah. Tak hairanlah kenapa ramai yang suka menggunakan servis Foodpanda ini kerana ianya benar-benar dapat membuatkan para pelanggan berasa istimewa dengan penghantaran makanan sehingga ke depan pintu rumah. 


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *