Bungkusan Misteri – Teaser

Sampainya dirumah lewat petang semalam, ada bungkusan diatas meja makan yang sedang menunggu kehadiran gua. Kotak tak berapa besar, sedang-sedang aje. Gua pegang, ringan..tak ada tanda-tanda barangan kaca yang diletakkan dalam bungkusan.

Ahh..malas gua nak meneka. Gua bukan jenis yang suka berteka-teki, lalu gua bawa masuk bungkusan tu ke dalam bilik. Isteri gua setia duduk disebelah menanti dengan penuh tanda tanya.

Gua koyakkan pembalut bungkusan ibarat beruang mengopek durian.

Deng..Terserlah sebuah kotak berwarna merah yang tertulis perkataan Aura Hot. Buat seketika, terlintas difikiran gua tentang satu produk kesihatan yang gua nanti-nantikan.

Aura Hot

kotak rosak mungkin sebab dah terpenyek dengan barang-barang lain

Ya inilah dia, Aura Hot, produk yang mampu memberikan 1001 khasiat kepada sesiapa yang mengamalkan minumannya. Diperbuat daripada ekstrak buah-buahan delima, acai berry, rossel, madu, epal hijau, prun, vitamin C, kalsium dan juga rumpai laut.

Memang sengaja gua nak test produk ini untuk isteri gua sebab dah selalu sangat gua terdengar orang memuji-muji keberkesanan produk ini. Antara kelebihan yang dinyatakan adalah:

  • Anti penuaan, mencerahkan kulit dan mengembalikan keanjalan kulit – Gua bajet lepas ni mesti isteri gua lebih cun dan putih melepak daripada Adira AF
  • Menaikkan kadar metabolisme dan pembakaran kalori – Isteri gua makan banyak pun gua dah tak perlu risau
  • Mengurangkan berat badan secara mudah dan terkawal – Gua taknak lebih gua gemuk, macam Erra Fazira pun dah cukup
  • Mengurangkan kolestrol – Punca sakit jantung, nyah kau dari badan isteri gua
  • Memberi tenaga dan menyegarkan badan – Cantek, mungkin gua takkan kedengaran lagi perkataan penat dari mulut isteri gua
  • Mengembalikan kehangatan rumah tangga – Ini untuk yang dah berkahwin macam gua..aktiviti malam Jumaat, makin aktif gua lepas ni
  • Menegangkan payudara dan punggung – Ok..part ini tak perlu cerita lebih, kaum suami paling suka

Okay, cukup dulu setakat ini review ringkas daripada gua. Tadi kan gua dah cakap nak bagi isteri gua test dulu. Dalam tempoh masa 2 minggu lagi kita tengok macam mana resultnya. Mungkin masa tu dah boleh nampak perubahan isteri gua makin cantik berseri-seri bagaikan perempuan melayu terakhir. Aummm.

p/s: Bulan puasa gua kena behave sikit. Tak boleh nakal-nakal macam ni.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

23 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *