Ingat lagi tak event Astro #GoBeyond yang pernah Hafiz cerita dulu. Ala..event yang Lisa Surihani tiba-tiba datang panggil nak bergambar tu.
Okay..dipendekkan ceritanya macam ni..
Jumaat lepas, waktu Hafiz baru balik daripada kerja. Ada terselit dipagar rumah sekeping notis pemberitahuan daripada Pos Laju Malaysia yang memberitahu bahawa terdapat bungkusan yang tidak dapat diserahkan kepada Hafiz kerana tiada orang dirumah.
Okay..fine. Maksudnya nak suruh Hafiz datang collect sendiri lah tu. So, disebabkan bungkusan punya pasal..tak ada masalah. Dekat je pun pejabat pos nya, tak sampai 15 minit.
Dalam hati memang dah bajet, ni mesti susu tepung ganti Dumex Explore Khair yang Danone Dumex janji nak bagi as a free gift hari tu.
……………
……………
Tetapi..
Bila dah pergi collect, rupa-rupanya bungkusan yang Hafiz terima tu bukan susu Dumex. Tapi ni haa..

Chari-Tee kempen Astro #GoBeyond #UrMalaysianIsShowing. Suspen betul. Katanya chari-tee rekaan Hafiz itu mendapat most voted design.
Disebabkan itu lah, sebagai cenderahati daripada pihak Astro..Hafiz dapat sehelai. Chewah..bangga kejap. Kalau nak diikutkan, apa yang Hafiz design jarang orang nak vote. Kira okay la tu, rezeki.
p/s: Kalau Lisa Surihani dapat tau ni, mesti dia call nak minta t-shirt.
cittt.. saper la yg malang pi vote lu apis.. hahahah
bukan deme ke yg vote hari tuh? hahaha
haha..jahat ayat lu bro..haha
Ayat tue memang menarik, x sesia jadi most voted. 🙂
janji lu happy, gua dah cukup puas hati dah. haha..
tahniah bro..tak nak jual ke baju tu..hahaha
owh..ini champion punya..tarak jual..hehe
ambe rasa sbb tagline tu mmg stylo!
tahniah bro!
Memang stylo baju ni…
Tahniah bro…memang hebat lah…
Beli undi ni. Haha. Taniah bro.
tak reti nak beli undi bro..duit takde..haha
“bro” nie kena mintak royalty nie
kena mintak dengan astro bro. hehe
Hehe.x sia2 participate kn.mcm org slalu kate rzki 2 utk org yg berusaha..;)
muja suka design belakang dia tu sebab wana pink, hehe
lu memang stylo laaa bro!!!!
kembang hidung yang memang dah kembang ni..haha
haha…sylo la lu…sempoi habaq ang…
Nasib baik baju tu muat yea…. hehehehehe
owh..mesti muat..tak muat, hantar kedai pegi adjust..haha
Terbaik bro…Stylo habis tshirt tu
Wahhh gembira nampak..hehe..