in ,

Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang


Pagi-pagi sabtu datang makan angin di NU Sentral, ternampak sekumpulan penari sedang perform flashmob berdekatan  dengan main entrance, aras LG.

Bila tengok betul-betul rupa-rupanya ia berkenaan dengan majlis pelancaran buku aktiviti kanak-kanak “My Train-Ventures“, yang dilancarkan oleh Siemens Malaysia bersempena dengan pembukaan fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang baru-baru ini.

Seperti yang ramai telah sedia maklum, Siemens Malaysia merupakan pembekal kepada 58 set kereta api automatik projek mega tersebut. Maka disebabkan pembukaan fasa 2 MRT telah dirasmikan dengan jayanya oleh Perdana Menteri kita, insiatif Siemens Malaysia membuat kempen CSR ini bagi membantu pihak kerajaan untuk menyebarkan lagi kesedaran dan pemahaman dikalangan kanak-kanak tentang pengangkutan awam moden ini.

Dimajlis pelancaran buku ini, pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak juga telah dijalankan seperti pertandingan mewarna, cabaran sudoku serta pertandingan “Build Your Own Train”. Dan difahamkan untuk majlis ini, sebanyak 100 buah buku akan dihadiahkan kepada pemenang untuk dibawa pulang ke sekolah masing-masing.

Buku aktiviti “My Train-Ventures” ini dihasilkan dalam tiga jenis kumpulan usia yang berbeza, dan setiap jenis mengandungi ilustrasi dan penceritaan menariknya tersendiri yang pastinya mendatangkan pengalaman pembelajaran yang unik.

Tentang Siemens Malaysia

Siemens AG (Berlin dan Munich) adalah sebuah syarikat teknologi global yang telah beroperasi lebih daripada 165 tahun. Ia merupakan syarikat yang aktif di lebih 200 buah negara dengan status salah satu pengeluar teknologi kecekapan tenaga terbesar di dunia. Dalam masa yang sama juga Siemens adalah perintis dalam penyelesaian infrastruktur serta penyelesaian automasi, pemacu dan perisian untuk industri, disamping menjadi pembekal utama turbin gas dan stim untuk penjana kuasa.

Dalam perkembangan terkini berkenaan dengan projek Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR), Siemens Malaysia dilihat berminat untuk membida projek yang mereka percaya akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara ini. Sekiranya berjaya dibida, mereka akan tersenarai dalam syarikat yang menjayakan projek yang mampu menyingkatkan tempoh perjalanan Kuala Lumpur-Singapura daripada 6 jam kepada 90 minit sahaja.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.siemens.com.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *