Pernah beberapa kali aku pergi ke Senawang semata-mata untuk makan satay tulang. Kalau ikutkan agak jauh perjalanan aku nak kesana. Tapi memandangkan keinginan mengatasi segala-galanya, jadi gagahkan diri drive ke sana.
Tapi itu cerita dulu.. Sekarang, lepas ni segalanya akan berubah..
Sebabnya.. Tak macam sebelum-sebelum ini yang aku tahu sememangnya Jelebu, Senawang saja satu-satunya tempat je yang jual satay tulang, kini aku dah jumpa port baru.
Port baru yang lebih dekat dengan rumah, malah rasa satay tulang yang dijual juga menyerupai satay tulang di Senawang.
Lokasi nya?
Gate 1, Putrajaya.
Dijual di ebuah warung tepi jalan yang diberi nama Sany Char Kuey Teow, betul-betul bertentangan dengan INSPEN.
Harga secucuk satay tulang disini adalah RM2.
Actually tak sengaja pun tahu warung ni ada jual satay tulang. Tersinggah tempoh hari sebab dalam laluan yang sama ketika baru pulang daripada bank.
Hohoho.. nampak gayanya lepas ni warung Sany Char Kuey Teow akan jadi port kegemaran aku yang baru lah kan. Dah la dekat, sedap pun sedap. Bukan setakat satay tulang je yang sedap, char kuey teow nya pun menjilat jari. Awesome!