in ,

Buffet Ramadan Mampu Bayar di Bangi Golf Resort


Salah satu port wajib bagi aku untuk makan buffet ramadan bila tibanya bulan Ramadan adalah Bangi Golf Resort. Sebabnya aku suka makan buffet Ramadan di Bangi Golf Resort (BGR) ini kerana harganya yang lebih murah dan lebih dekat dengan rumah.

Instead of bayar mahal-mahal, bagi aku kalau per head hanya dikenakan RM59 untuk dewasa dan RM29.50 (3-11 tahun) untuk kanak-kanak seperti yang dikenakan oleh BGR ini adalah baru dikategorikan berbaloi kerana aku bukanlah individu yang berpoket tebal untuk makan mahal-mahal.

Cuma sekali-sekala bila teringin tu tak jadi hal lah kan. Hehehe.

Bercerita tentang buffet ramadan di BGR ini, boleh katakan aku diantara jemputan yang terawal dijemput untuk “test” menu-menu buffet yang bakal ditawarkan.

Akan tetapi sebelum bersembang lebih pasal menu-menu buffet Ramadan itu, aku nak highlight dulu bahawa Bangi Golf Resort sekarang dah ada dusun durian sendiri yang mana dusun itu pulak berada tak jauh mana daripada lokasi buffet Ramadan akan diadakan.

Ahaa.. dengan adanya dusun durian ini bermakna dalam masa beberapa tahun lagi bekalan durian ke BGR akan disupply terus dari dusun mereka. Yeay.. Fresh dari ladang gitu.

Menu-menu menarik di buffet Ramadan Bangi Golf Resort

Tak terlalu berbeza jika dibandingkan dengan buffet ramadan yang disediakan pada tahun lalu, menu buffet Ramadan tahun ini ada sedikit kelainan apabila aku dimaklumkan bahawa adanya tambahan mesin pembuat roti jala yang mana melalui mesin korang boleh makan roti jala yang fresh baru dimasak (masak guna mesin tu terus).

Menu-menu lain seperti kambing bakar, satay, nasi kerabu, lasagna, sup kambing disediakan seperti biasa dan terdapat juga variety of desserts yang baru untuk dicuba.

Untuk mendapatkan sedikit gambaran bagi menu-menu buffet Ramadan Bangi Golf Resort, korang layankan dulu gambar-gambar yang sempat aku rakamkan.

Kambing golek wajib terjah tau

Fuu.. sup kambing BGR, memang meletup habis. Tak makan nasi pun tak apa, layan sup je sampai kenyang. Hohoho

Boleh dikatakan sebagai signature dish kat Bangi Golf Resort. Sedap tau.. Serius. Tak tipu.

Rice to wednesday.. Eh silap. Nasi kerabu. Hahaha

Ayam lemon. Yang ni pun sedap ratah. Tak pandang dah nasi. Hehehe

Penggemar durian mesti suka serawa durian.

Kejap je dah licin kambing golek. Tinggal tulang dah.

Well.. Overall experience, buffet Ramadan di BGR masih lagi antara yang the best place untuk korang berbuka puasa di Bangi. Environment tak terlalu crowded dan yang paling penting, tempat parking kereta memang luas. Tak risau dah park tepi-tepi jalan.

So, kalau korang mencari buffet Ramadan yang murah dan sedap, cuba la mai sini. Recommended. Hee.

Untuk tempahan berbuka puasa buffet Ramadhan Bangi Golf Resort untuk tahun 2018, korang boleh hubungi mereka di, 1-700-81-8557 atau emailkan saja ke sales@bgrrest.com

Ataupun sekiranya korang ingin mengetahui maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi serta laman sosial mereka di:

Nota: Kalau book untuk 20 pax ke atas boleh dapat harga yang lebih murah. RM46 untuk dewasa dan RM23 untuk kanak-kanak (3-11 tahun)


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *