Bulan puasa memang banyak buffet-buffet Ramadan yang menarik. Ada yang murah, ada yang mahal. Ada yang sedap, ada yang biasa-biasa saja. Seperti yang aku ceritakan berkenaan dengan buffet Ramadan Bangi Golf Resort tempoh hari, makanan disana sedap-sedap dan kena dengan selera tekak aku. Dan yang paling penting juga, harganya mampu bayar.
Jika melibatkan makan sedap-sedap tak terkecuali juga buffet Ramadan yang lebih eksklusif yang mana bagi aku must-go apabila tibanya bulan Ramadan, iaitu Hotel Bangi-Putrajaya.
Walaupun ia bukanlah diantara buffet Ramadan yang aku kategorikan sebagai “mampu bayar”, tapi memandangkan aku pergi ke sini hanya sekali sekala, maka sememangnya buffet ini menjadi pilihan aku kerana ianya menyediakan menu yang menjilat jari. Selain faktor pemilihan adalah kerana ia dekat dengan rumah. Hehehe.
Menu menarik di buffet Ramadan Hotel Bangi-Putrajaya
Throwback beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadan tempoh hari, aku diantara yang terawal dipanggil untuk mencuba menu-menu disini. Seperti tahun yang lalu, apabila bercakap mengenai makanan yang “dicuba” berbanding yang sebenar, boleh disahkan bahawa setiap menu yang aku makan pada hari itu adalah menu sebenar buffet Ramadan yang akan dihidangkan di Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya.
Yang menjadi tumpuan dah tentu kambing golek dengan sos black pepper nya.
Tak kurang juga lauk-lauk lain yang dimasak dengan bahan-bahan yang segar.
Yummy! So far, diantara menu kegemaran aku apabila berkunjung ke sini adalah udang butter-nya kerana udang yang dimasak besar-besar, dan masih lembut serta masih ber-juicy apabila digigit.
Sotong..
Ayam..
Daging..
Dan bermacam-macam lagi..
Apabila tibanya giliran pencuci mulut pula, ini dia.. bread pudding iaitu puding roti yang dihidangkan dengan sos vanila. Seriously, kalau korang bercadang nak berbuka puasa disini.. ini adalah menu wajib untuk dicuba. Aku sendiri kalau makan pencuci mulut ni, dua tiga kali pergi tambah. Hahaha.
Selain puding, terdapat juga dessert lain yang cukup menarik dan enak dimakan.
Ahaa.. nampak menyelerakan kesemua menu-menu tu. Pendek kata kalau berbuka disini, memang sangat berbaloi dengan nilai duit yang dikeluarkan. Itu tak termasuk lagi keselesaan ketika menjamu selera.
Untuk makluman, harga asal untuk buffet Ramadan di Hotel Bangi Putrajaya adalah RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak (berumur 4-12 tahun).
Namun, special offer kepada mereka yang membuat tempahan dan melakukan pembayaran/pendahuluan (dalam tempoh masa 24 jam) mereka akan menikmati harga promosi RM90 untuk dewasa dan hanya RM45 untuk kanak-kanak (berumur 4-12 tahun).
Haa.. okay sangat lah tu kan. Makan sedap, dapat diskaun.
So, pada sesiapa yang ingin menempah atau memerlukan maklumat lain, korang boleh layari laman web rasmi mereka di, www.hotelbangi-putrajaya.com atau hubungi mereka di talian tetap, 03- 8210 2222 atau e-mail ke fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com.
Perlu dimaklumkan bahawa, RM3.50 daripada setiap tempahan bayaran berbuka puasa (untuk dewasa) di Hotel Bangi-Putrajaya akan disalurkan kepada organisasi bebas, Islamic Relief Malaysia. Makan sambil beramal. 🙂
Terima kasih kongsi info ni. Suka!