in , ,

Buffet Citarasa Ramadan di Hotel Bangi-Putrajaya


Bulan puasa, waktu nak berbuka mestilah nak kena berbuka dengan sesuatu yang sedap kan.

Takpun sekali sekala.. nak juga pergi makan ditempat-tempat yang eksklusif sambil bawa keluarga masing-masing. Betul tak?

Minggu lalu, aku berpeluang untuk ke Hotel Bangi-Putrajaya bagi memenuhi jemputan buffet Ramadan disana.

Terletak tidak jauh daripada rumah aku, aku rasakan ini adalah peluang keemasan bagi aku untuk membawa isteri dan juga Khair ke satu tempat yang belum pernah mereka pergi.

Berbuka puasa di café Lavista, Hotel Bangi-Putrajaya

Hotel Bangi-Putrajaya

Pertama kali menjejakkan kaki Hotel Bangi-Putrajaya, aku agak kagum dengan persekitarannya. Ini kerana lokasi hotel ini yang dibina bersebelahan dengan kawasan padang golf memberi satu perasaan yang tenang dan segar.

Ditambah pula dengan ruang parkir kereta yang banyak, menambahkan lagi keselesaan pengunjung yang datang ke sini.

Melangkah turun ke ruangan cafe lavista (di aras bawah lobi) yang menawarkan Buffet Citarasa Ramadan di Hotel Bangi-Putrajaya ini, sekali lagi aku terpegun.

Cafe Lavista_Hotel Bangi-Putrajaya

Terpegun.. bukan sahaja kerana kecantikan dekorasi ruang dalamannya, tetapi juga dek kerana terlihat pelbagai jenis menu yang dihidangkan untuk berbuka puasa.

Cafe Lavista Hotel Bangi-Putrajaya

Daripada mini-mini stall yang menawarkan menu-menu bakar (ada mini stall yang menawarkan menu yang jarang didapati di buffet ramadan tempat lain, seperti dim-sum, serawa durian, ubi kayu rebus dll) sehinggalah di ruang dalam cafe Lavista itu sendiri yang tersedia menu-menu utama seperti nasi minyak, nasi putih, udang butter, sotong, daging dan bermacam-macm jenis lagi menu tambahan.

Lauk Pauk Buffet Ramadan Hotel Bangi-Putrajaya

Lauk-Lauk Buffet Ramadan Hotel Bangi-Putrajaya

Sambal kicap_sambal nenas_begedil

Kerabu
Bermacam-macam jenis kerabu untuk dicuba.

Roasted Lamb

Kambing golek
Kambing golek wajib ada.

Kambing golek buffet ramadan

Ikan bakar
Pelbagai jenis ikan bakar

Mee Sup

Pau Ayam dan Dim Sum

Pulut kukus dengan serawa durian
Serawa durian. Korang pernah makan?

Pokok Kurma

Tauhu sumbat

Goreng Pisang_Roti John

Puding roti
Puding roti
Kuih tradisional
Kuih-kuih tradisional

Dessert Hotel Bangi-Putrajaya

ABC dan Laici Kang

Ais kacang, cendol serta buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Buah-buahan segar

Tetapi.. dalam banyak-banyak menu yang dihidangkan, pilihan aku dah tentulah udang butter. Dah nama pun, penggemar seafood.. sampai 3 kali menambah.

Udang Butter

Manakala Khair pula?

Spaghetti

Dia dengan pilihan dia.. spaghetti ataupun panggilan manja Khair “mee cili” dan juga aiskrim (sebenarnya chocolate gelato). All time favourite.

Khair dan Hafiz Rahim

Paling menyeronokkan apabila berbuka di Hotel Bangi-Putrajaya kerana suasananya yang terkawal dan tenang.

Berbeza dengan buffet-buffet ramadan yang pernah aku kunjungi, disini tiada kelibat orang berebut ketika mengambil makanan (which is memang aku suka suasana yang sebegini, tak serabut).

Jadi, sekiranya dalam sebulan Ramadhan ini korang teringin untuk mencari tempat yang menarik dan eksklusif untuk berbuka bersama keluarga, aku sangat sarankan korang datang kesini.

Hafiz Rahim_Hotel Bangi-Putrajaya

Selain persekitarannya yang tenang, menu-menunya juga sedap. Sekali dicuba, pasti membuatkan korang teringat-ingat hingga sampai ke rumah.

Untuk maklumat lanjut ataupun tempahan secara online, korang boleh layari laman web Hotel Bangi-Putrajaya di www.hotelbangi-putrajaya.com ataupun sekiranya korang lebih selesa untuk membuat tempahan melalui panggilan telefon, boleh je hubungi pihak mereka di talian 03-82102222.

Nota makluman: Harga untuk seorang dewasa hanyalah RM100 manakala bagi seorang kanak-kanak adalah RM50. Sekiranya advance booking dilakukan 24 jam sebelum, ia melayakkan anda untuk menerima sejumlah diskaun (termaktub kepada T&C promosi).

Personal opinion:

Setakat tahun ini, buffet di Hotel Bangi-Putrajaya adalah buffet Ramadan yang paling mewah pernah aku cuba. Makanan sedap dan lokasinya juga dekat dengan rumah aku. Berbaloi-baloi. Hee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *