Mata ni kan, kalau tak elok-elok.. alamatnya kena pakai spek sampai ke tua la. Lagi-lagi kalau seseorang tu ditakdirkan ada faktor genetik, tunggu masa je spek tu nak datang melekat kat muka. Hahaha.
Contoh, last week. Hari pertama Khair kena pakai spek.
Sebabnya bila buat pemeriksaan mata, rupa-rupanya dia ada silau. Kalau silau sikit-sikit tu boleh terima lagi, tapi.. bacaan silau dia 100 lebih. Adoyai.
Bagi seorang budak, kalau bacaan silau tu dah 100 lebih.. dah dikira agak tinggi. Dan aku tanpa was-was menyalahkan gadget sebagai punca silau tu wujud (sendiri tak nak mengaku salah bagi fon kat anak-anak.. Haha). Yelah.. mata terdedah pada skrin telefon pada satu tempoh yang lama, tanpa ada UV protection pulak tu.. Jadi bilamana tanpa protection.. daya penglihatan tunggu masa je untuk merosot.
By the way, disclaimer awal-awal.. Actually banyak kali dah pesan kat Khair supaya jangan tengok gadget dekat-dekat sangat sebab takut effect pada mata. Tapi tu la.. nak salahkan dia sepenuhnya tak boleh jugak. Sebab macam aku cakap awal-awal tadi, faktor genetik pakai spek memang wujud dalam keluarga. Dalam family aku, semua pakai spek kecuali mak aku sorang je yang kurang pakai spek sebab dia rabun dekat (tu pun bila tua je baru ada rabun dekat tu).
So kalau Khair ni setakat silau je.. bagi aku mata dia masih cemerlang lagi sebab daddy dia masa umur 9 tahun dah ada rabun jauh. Hahaha.
Tapi.. tapi.. nak kongsi bahawa pengalaman pakai spek ni bukanlah sesuatu yang menyeronokkan (sebab nak kena sentiasa hati-hati). Lagi teruk, kalau jenis anak tu kurang cermat, maka mak ayah kena standby je la duit untuk buat spek baru setahun 2-3 kali.. nanti ada lahspek tertindih masa tidur la, patah kena bola la.. ini contoh sebenar ye guys atas pengalaman sendiri. Hohoho
Dan perihal anak kena buat spek ni, nasib baik la sikit kalau korang menetap di kawasan Lembah Klang ataupun kawasan sekitar macam aku ni.. sebabnya, kalau korang nak cari kedai spek yang murah, masih lagi dekat dengan korang. Kedai yang aku maksudkan ialah Eye Pro Vision.
Ahaa.. Eye Pro Vision, kedai spek ni yang pernah viral murah tu. Memang murah pun sebenarnya. Sebelum ni pun aku pernah je review kedai spek murah ni dalam blog. Dan dah berapa kali aku buat spek kat sini, semuanya memuaskan hati aku.
Jadi alang-alang Khair dah ada silau dan nak kena buat spek tu kan, haruslah jugak aku buat kat kedai Eye Pro Vision ni. Ye dak?
Dengan pilihan frame spek kanak-kanak yang banyak, dan ada pelbagai jenis frame yang fleksibel (sangat sesuai untuk anak-anak yang lasak). Maka, satu frame plastik dipilih untuk Khair.
Harga confirm la murah.. Frame spek sekali pasang dengan Alpha Lens 420 (untuk membantu menghalang UV420 yang mampu memberi kesan buruk kepada mata), maka kos keseluruhan hanya RM125 sahaja!
Ye.. Siap semua sekali RM125 sahaja. Bagi aku berbaloi harga tu untuk lens yang ada function UV protection macam tu (kalau pakai lens biasa multicoated tu, harga siap semua sekali RM65 je), tambahan lagi servis diorang pun padu.. spek siap dalam tempoh masa sejam (cuma jadi sejam lebih kalau time tu ramai orang, ye la.. kedai viral kan).
Selepas sejam.. Tadaaa.. Ini lah dia Khair berwajah baru. Bila dah pakai spek, muka nampak matang dan dewasa pulak. Dengan pipinya makin bulat. Hahaha.
So kalau korang nak pergi buat spek murah, korang boleh pergi kedai Eye Pro Vision ni dekat Sungei Wang Plaza okay. Jumpa terus dengan tokey dia nama William, bagus dia ni.. humble je orang nya.
p.s: Khair punya suka pakai spek tu, pakai tak kira masa sedangkan aku cakap pakai bila nak online guna komputer atau phone je. Hahaha
Good to know that you can still make affordable and yet high quality glasses. 🙂
Memang murah harga spek kat situ. Frame pun cantik2. Rasa nak buat spek baru pulak..
ada lagi murah kat situ. Computer lens dan Photogrey ( yang jadi gelap tgh panas) total RM100 je.. Tapi kene beli 2
Hai .. nak order je boleh kah