in

Buat Duit Dengan Affiliate


Majoriti ramai yang dah tahu apa itu affiliate. Sistem e-dagang yang menawarkan komisyen kepada golongan affiliate marketer yang berjaya menjual produk-produk ataupun servis secara online.

Hafiz tertarik dengan kehebatan seorang blogger affiliate ini yang boleh dianggap sebagai pakar dalam dunia affiliate tempatan, Titan. Jika dilihat secara teliti, keseluruhan blog dibawah seliaan beliau berjaya menjana pendapatan hasil daripada program affiliate.

Affiliate

Terdapat pelbagai jenis program affiliate tempatan yang boleh dilayari dan diantara program affiliate yang sedang menjadi trend orang ramai adalah eQurban, Ashadee, Klikjer dan juga Jobdirumah.

Tapi disini perlu juga Hafiz ingatkan,keberkesanan sesuatu program affiliate itu bergantung juga pada promosi yang dilakukan. Tidak bermakna sekiranya anda merupakan seorang blogger dan dengan hanya meletakkan sebuah banner dibahagian header ataupun sidebar ia terus dapat menjana wang ratusan ringgit. Tidak, ia salah.

Setiap program affiliate perlu diselaraskan dengan strategi dan usaha. Melalui perkongsian yang diberikan oleh Titan melalui Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013, sekiranya promosi affiliate itu berbentuk entri, anda sekurang-kurangnya perlu menulis sebanyak 5 entri ataupun blogpost yang saling berkaitan bagi memastikan entri affiliate anda dapat bersaing dengan entri daripada blogger lain didunia maya.

Tidak dilupakan juga penggunaan ayat-ayat yang mengiurkan dan bombastik perlu diselitkan bagi menarik minat pembaca untuk pembeli. Anggap sahaja program affiliate ini sebagai kolam untuk memancing. Jika seseorang itu ingin mendapat ikan, umpan yang baik haruslah digunakan. Betul tak?

Okay. Rasanya cukup lah dulu perkongsian tentang program affiliate. Jika ada apa-apa tips tambahan ataupun soalan boleh tinggalkan diruangan komen.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

42 Comments

Leave a Reply
  1. Satu perkongsian yang menarik….
    Ada juga sertai affiliate di jobdirumah..dapatlah sedikit komisen daripada tak boleh apa2 sepanjang melayari internet. Boleh juga bayar bil elektrik atau line internet. he..he…

  2. nampak macam susah pada mulanya, tapi bila income dia kalau dah mula dapat tak dok diam lah dengan affiliate lain kan,

  3. tengah dok cari list nak guna try email marketing pulak..tapi review dari blog tentang sesuatu produk berkesan juga..

  4. bagi gua, email marketing lebih keji berbanding tulis artikel untuk dapat sales. Memang senang dapat sales kalau dapat list yang berkualiti. Tapi bukan senang nak capai tahap tu. Dan biasa yang berjaya, memang IM tu betul-betul dipercayai. Kalau setakat 2-3 email yang sama blast setiap hari..memang aku buang diorang dari email aku..ulang2..pastu siap minta maaf sebab terhantar email..itu trik lama. Ingat orang tak tahu ke..

    Sebab tu, guna blog atau facebook, itu lebih aman. IM, kena bijak menipu dan manipulasi, baru kencang sales. Bab jujur tu susah aku nak nampak. Temberang ramai. Yang betul2 jujur, berapa kerat la sangat..

  5. Baru nak explore affiliate dengan lebih mendalam. Tengah tengok affiliate jomniaga dan jobdirumah. Macam menarik je

  6. rugi kalau tak program Affiliate sebab ada yang tak payah keluar modal untuk daftar, contohnya eQuran.

  7. Kadang-kadang bosan jugak bila beli produk ebook/affiliate ni.. lepas beli dah baca tu rupanya semua yang dah tahu. Indah khabar dari rupa..

  8. semoga mana2 produk yg joint akan dpt hasil yang menggembirakan nanti.apa lagi yang belum joint ayuh joint rezeki mmg tak mengenal sesiapa pun

  9. sejak pergi seminar buat duit haritu, ramai blogger kongsi tips buat duit. antaranya melalui affiliate…bravo2!

  10. makin ramai celik bab duit dari blog lepas pergi seminar..alhamdulillah 1 fenomena yg bagus…buat duit dr blog ada mcm2 cara..bukan affiliate je..kita kena pelbagaikan bila makin ramai buat promosi perkara yg sama..

  11. Emm banyak tu banyak bro..kadang2 strategi tak kena, umpan tak seksi..susah gak..saya pelajar baru ni rasa fed up gak mengkaji menda ni..kadang2 rasa nak mengadap 24 jam jer mereka yang dah pakar..hehe

  12. menarik bro .. banyak affiliates yg sy masuk tapi tak praktikkan .. macam mana nak dpt cash money ..huuu ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *