in

Buang Tilam Free Je Bila Panggil iClean Selangor


Kat rumah mak aku ni ada 2 biji tilam lama yang dah usang. Baru-baru ni dia mintak aku tolong buangkan. Aku sebagai anak, okay je nak pergi tolong buang.. Cuma memandangkan tilam tu bersaiz queen, kederat aku tak berapa nak kuat sangat nak urus perkara ni. Lagipun aku pun tak tahu nak buang tilam-tilam tu kat mana. Mana boleh buang gitu je kat tong sampah. Nak letak kat tong rorobin lagi lah tak boleh, nanti jiran maki pulak. Hohoho.

Fikir punya fikir, aku teringat.. kat Selangor ni kerajaan negeri ada sediakan servis kutip sampah. Caranya mudah sangat, cuma kena buat aduan dekat apps telefon pintar yang bernama “iClean Selangor”.

Aku install kat iPhone aku (Android pun ada), aku bukak apps tersebut. tertera dua pilihan aduan sama ada nak pilih “Kutipan Domestik” ataupun “Pembersihan Awam“.

Aku tak berapa tahu jugak nak pilih yang mana, tapi berdasarkan logik akal.. aku rasa nak buang tilam ni jatuh dalam kategori “Kutipan Domestik”. Jadi aku teruskan aduan dengan memilih kategori tersebut dan karang la sikit ayat aduan.

Gambar pun aku attach sekali, sebab dah alang-alang report kan. Tunjuk je la barang apa nak buang. Senang pihak iClean Selangor nak plan macam mana nak angkut kan, nak bawak lori kecik ke, lori besar ke.

Sesudahnya tulis aduan dan masukkan gambar, tekan je submit.

So far lepas tekan je butang submit, tak ada email notification pun untuk mengesahkan aduan tersebut telah berjaya dihantar. Cuma dalam apps dia tulis “Dihantar”.

Aku screenshot ni lepas dah selesai diorang kutip tilam.

Long story cut short, tarikh aku hantar aduan adalah pada 5/7/2022 yakni sebelum Raya Aidiladha.

Tup tup.. semalam 18/7/2022 ada nombor yang tak dikenali hubungi aku melalui Whatsapp Call.

Pada mulanya, aku ingatkan scammer yang call. Agak lama panggilan tak berjawab, siap aku buat tak tahu layan Youtube. Hahaha. tapi lepas 1-2 minit masih tak putus talian.. aku tergerak hati nak jawab panggilan tersebut.

“Halo bang.. ada buat aduan sampah ya?”, suara sorang lelaki dengan slang bangla kedengaran.

Aku terpinga-pinga kejap. Huh aduan sampah? Bila masa aku ada buat aduan kat Bangla? Blur sekejap tanpa teringatkan aduan yang aku pernah buat melalui apps iClean Selangor. Sehinggalah mamat bangla tu baca description aduan, baru lah aku teringat..

“Ooooo… aduan kutip tilam. Ada.. Betul.. betul..”, jawab aku.

Yela kan, seminggu lebih punya aduan. Dalam kepala aku banyak benda nak fikir, kena pulak tiba-tiba bangla yang call. Blur dan terlupa sesuatu perkara tu memang satu benda yang acap kali terjadi. Hahaha.

Bila aku dah mengiyakan, bangla tu pun bagitahu dia dah ada kat depan rumah nak kutip tilam-tilam tu.

Demm.. dah sampai rumah baru bagitahu. Bukan nak bagitahu awal-awal, aku dah la kat pejabat. Tapi memandangkan memang mak ayah aku ada kat rumah, aku pun tak ada lah panik sangat. Aku bagitahu dia untuk tunggu sekejap sementara aku call ayah aku untuk buka pintu.

Tak tahulah macam mana urusan diorang bila dah masuk rumah tu semua. Tapi sempat jugak aku pesan pada Khair yang pada ketika itu baru balik sekolah. Aku cakap, tolong ambik gambar uncle-uncle tu angkat tilam. Daddy nak tengok.

Anak yang baik menurut perintah, maka ini lah gambar-gambar tersebut (blur pun tak apa lah, janji ada gambar).. Hahaha.

Bangla tu bawak kawan datang dengan lori rupanya, masa jawab call tu aku dah cakap tilam kat dalam rumah.. so diorang la yang keluarkan tilam dari bilik dan masukkan dalam lori. Bila dah urus macam ni kiranya dari A-Z la geng-geng iClean Selangor ni uruskan.

Terbaik.. servis macam ni yang aku mahukan. Tak adalah ralat sangat kan bayar cukai pintu mahal-mahal. Tiberr.. Hahaha..

Cumanya nak bagitahu korang, servis iClean Selangor ni memang totally free tau. Tak kena bayar apa-apa pun, tapi sebab dah rasa bagus dan kesian kena angkat tilam-tilam berat.. mak aku hulur la duit sikit. Buat belanja beli air. Hee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.