Bila dah namanya bekerja dengan syarikat yang mostly clientnya adalah international company, kadang-kadang seronok juga. Sebabnya bila ada antara rakan-rakan sepejabat yang baru balik dari meeting bersama client di oversea sana nun, selalu ada buah tangan ataupun ole-ole yang lain daripada apa yang ada di Malaysia dibawa balik.
Yang paling pelik setakat ni..coklat daripada Russia. Pelik bab tulisannya.
Apa yang ditulis pun entahlah, satu habuk pun tak faham. Jenuh Hafiz cuba guna online Russian translator. Keluar perkataan “Dried Appricots”.
Mungkin sebelum makan nanti kena menghadap blogger Ariff Shah dulu, minta beliau translatekan ingredient. Kalau rasa was-was terus bagi pada rakan-rakan cina.
p/s: Pernah dapat coklat dari Jepun, Taiwan dan UK juga. Tak best.
sedap ke tidak nih?
Entah la bro..tak bukak lagi..haha
habis tu hari ini dah bukak heh
sampai hari ni aku tak bukak pun lagi..haha
mmg betul..kalau jenis kawan2 ingat kawan memang best…
kalau dapat ole2 lagi mahal lagi best kan..hehe
buah tangan yang selalu orang beli, coklat. Universal gift.
cut cost la katakan..nak beli banyak pun takde masalah.hehe
Selalu dpt souvernir dr bos yg kuat bjalan sana sini atas arahan u. bila ntah giliran diri sendiri nk merantau…
boleh bro..flight sekarang murah je..hehe
Macam asam je nie… -_-
puyooooo coklat dari rusia mesti sedapkan?
entah bro..tak try lagi..haha
Dah makan belum?
belom..simpan buat hiasan je kot
wah untung betul..selalu dpt buah tgn dr luar negara ni..kl boleh mkn nanti review sedap ke tak?hehee…
saya sarankan bro buah tangan ini letak sebagai barang perkhiasan sahaja…bukan senang nak dapat
itu lah yang aku sedang buat..tak sampai hati nak makan
wah selalu over sea lah bro hafiz nih
tak selalu bro..jarang2..haha
kalau was2 buat kenangan je la bro..hehe..
kalau was2, kasi jer burung..hehee
setakat ni, pernah makan coklat iran..sedapnya mmg sedap! fuh!
coklat dari iran tak pernah try lagi..dari abu dhabi dah pernah..hehe
jauhnya buah tangan tu sampai Malaysia hehee
jauh dkna..naik kapal terbang tu..haha
jauh betul buah tangan tu ye..
haah baru ingat Ariff belajar rusia dulu
sedap tak cekelat ni
sampai ke sudah tak bukak2 lagi..haha
dari Russia… mesti ada rasa2 Arshavin sikit …hahaha
Macam sedap je.
ehh, makanan arab lagi sedap. hehe ..:)