in

Bounce Rate Penting Untuk Blog


Kali ni aku nak berkongsi tentang something yang penting untuk blogger-blogger sekalian. Jom baca.

Apa itu Bounce Rate?

Bounce Rate. Perkataan ni untuk blogger-blogger lama confirm diorang tahu. Tapi untuk blogger baru, tahu ke apa itu bounce rate?

Dari kamus Google, maksudnya “the percentage of bounced visits to your site“. Bounce Rate ni dari segi pemahaman aku setelah dikaji selidik, ia adalah satu statistik dimana kita boleh tahu berapa percent readers yang meninggalkan blog hanya selepas membaca satu entry tanpa menjenguk entry-entry lain yang ada kat dalam blog korang.

Makin tinggi bounce rate sesuatu blog tu maknanya semakin ramai la orang yang hanya “singgah” kat blog seseorang tu. Blog yang dikatakan bagus bounce rate nya iaitu BeautifulNara.com, dibawah 2%.

Cara pengiraan bounce rate

Bounce rate tinggi, apa puncanya?

Ada beberapa sebab kenapa bounce rate sesuatu blog tu tinggi. Antara sebabnya:

  1. Blog tanpa tujuan, tiada niche. Sebagai contoh apabila seorang pembaca tengah mencari panduan tutorial, dan secara kebetulan blog anda mempunyai 1 tutorial. Apabila pembaca tersebut masuk untuk melihat entry tutorial tersebut dan menyedari tutorial tersebut bukan yang dicari dan ditambah pula dengan itulah satu-satunya tutorial, akhirnya pembaca tersebut meninggalkan blog anda.
  2. Blogwalking, dimana berlakunya konsep “I follow, U follow“. Bila konsep ini diguna pakai, secara logik kita tahu bahawa viewer yang datang hanya semata-mata untuk klik butang “Join this site“. Rasanya sebab ni hanya boleh diguna pakai sekiranya blog korang tu guna Blogsopt.
  3. Blog yang terlalu penuh, dimana kita boleh lihat blog penuh dengan benda-benda tak sepatutnya macam video streaming, lagu, beratus-ratus iklan, pop-up yang mana mungkin akan melambatkan loading blog. Bila blog lambat loading, orang pun fed-up nak tunggu.
  4. LinkWithin, penggunaannya yang dikatakan mencuri trafik dengan menumpang blog korang. Yang terjadi sepatutnya apabila kita klik pada link entry di LinkWithin, trafik tersebut sememangnya datang dari blog kita sendiri. Tapi dalam statistik blog, ia datang dari web LinkWithin itu sendiri (Ingat maksud asal bounce rate iaitu percent pembaca yang keluar selepas membaca 1 entry). Disini menunjukkan, selepas pembaca membaca 1 entry di blog korang kemudian pembaca tersebut klik pada LinkWithin untuk membaca entry korang yang lain, maksudnya secara tak langsung dia telah keluar dari blog korang dan lompat ke LinkWithin. Refer blog HasrulHassan.com untuk lebih paham.

Kesan daripada Bounce Rate tinggi?

Akibat daripada bounce rate yang tinggi ni tak lain tak bukan, blog korang mungkin takkan termasuk dalam top page SERP (Search Engine Result Page). Dengan kata lain, bila kita Google keyword “tutorial” sebagai contoh. Mungkin blog kita dalam page yang ke-50 dalam SERP. Bila blog kita dalam page yang ke-50, yang akan tengok pun cuma sorang dua je la.

Aku sendiri pun sebenarnya baru je tahu pasal bounce rate ni beberapa minggu lepas. Masa mula-mula check bounce rate blog Hafiz Rahim sebelum bertukar ke platform WordPress, percent nya dalam 68%. Bounce rate yang bagus dikatakan dalam 30%.

Kena reducekan lagi ckit percent tu. Untuk entry yang akan datang maybe aku akan buat entry cara nak reduce kan bounce rate plak. Insya-Allah. So, tunggu la ye. Jangan lupa follow blog ni untuk tahu update.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

21 Comments

Leave a Reply
  1. Thanks pasal info Bounce Rate, baru saya paham. Tapi macam mana kita nak check Bounce Rate kita? ade website yg boleh kita chek tak? Boleh meperbaiki SEO jika lebih paham berkenaan Bounce Rate ni.

    -saya sedang belajar SEO-

    Mari beri pendapat anda tentang fahsion terbaru ini SL302 | Nur Diana’s Collections

  2. saya tengah buka google analitycs tadi dan menunjukkan bunce rate blog saya 37,56% berhubung tak pandai membaca statistik tersebut,saya taip lah frasa ‘berapa bounce rate yang baik untuk blog” di search bar.Dan hafizrahim.com lah yang ada di urutan pertama pencarian google.Terimakasih sudah share artikel ini sangat informatif.

  3. alhamdulillah..jika dirujuk pada alexa ranking punya bounce rate. saya punya 33.8% , pernah berada bawah 30% sebelum ini.

  4. first time dengar pasal bounce rate ni..ilmu baru ni.. faktor no 4 tu tak sangka pula..yang saya faham linkwithin bantu pelawat blog unutk lebih lama berlegar2 di blog kita..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *