in

Bos Kata Sedap!


Yesza.. bos kata sedap!

Itu antara part yang paling best bila bisnes Nasi Dagang Mak Ani mula menerima feedback yang positif dari pelanggan.

Takde ayat berbunga-bunga, tapi cukup sekadar SMS ringkas seperti ini..

Testimoni Nasi Dagang Mak Ani

Nasi Dagang Mak Ani

Mampu membuatkan mak ayah aku senyum sampai ke telinga.

Ya lah..

Bilamana mereka sanggup bersengkang mata menyiapkan tempahan pagi-pagi buta, sedangkan orang lain diluar sana lena dibuai mimpi. Rasa berbaloi sangat dengan penat lelah mereka.

Alhamdulillah. Rezeki.

Harap-harapnya bisnes kecil-kecilan ini akan terus mendapat sambutan. Niat asal bukan nak buat bisnes untuk jadi kaya raya pun, tapi untuk dapatkan side income je supaya dapat tampung mana yang patut.

Barang dapur kan makin mahal. Uhuk.. uhukk!

p.s: Selain nasi dagang, minggu lepas ada syarikat call nak tempah “Laksam” untuk majlis keraian esok. Go.. go! Resipi pantai timur! Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *