in ,

Borong Hijab Di Roadshow Hijabey 2015


Siang tadi sempat jalan-jalan cuci mata di Roadshow Hijabey, IDCC.

Niat dihati nak jumpa Neelofa kalau-kalau dia ada dekat booth jualan hijabnya. Tapi malangnya angan-angan hanya tinggal angan-angan. Staff dia je yang ramai. Hehehe.

Roadshow Hijabey 2015, menawarkan jualan hijab-hijab pelbagai fesyen terkini dengan harga yang berpatutan, berpuluh jenama berkumpul dibawah satu bumbung.

Hafiz Rahim-Ray Ban

Naelofar Hijab
Naelofar Hijab by Neelofa

Dan, antara jenama yang paling menjadi tumpuan pengunjung, hijab Aidijuma.

Booth Aidijuma

Hijabey-Aidijuma
Fuh.. ramai betul!

Untuk makluman, Roadshow Hijabey ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari 3-5 April 2015, jam 9.10 malam.

Hijabey di IDCC
Antara booth yang terdapat disana

Booth jualan Hijabey

Hijabey Event
Senarai program. Ada fashion show, persembahan artis dll. – Klik untuk besarkan

So, kepada adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik yang sedang berhajat nak mencari hijab, boleh lah kesana ye. Banyak tudung-tudung cantik yang dijual.

Tetapi, cuma satu je pesan aku kalau nak pergi, sila pergi pagi untuk mengelakkan kesesakan. Sebab kalau pergi pagi, parking pun masih banyak. Dan tidak dilupakan juga, standby duit lebih sikit in case rambang mata kat sana nanti. Hehehe.

p/s: Comey-comey gadis melayu berjubah, berhijab.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. trend tudung sekarang laju amattt…tak terkejar, tapi bagusla macam sekarang, meriah industri tudung, sedikit sebanyak jana ekonomi

  2. Trend tudung semakin menggembirakan, namun hendaknya harus diingat tudung yang benar-benar sesuai tuntunan agama bukan asal tudung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *