in

Blogrrr – Blogger Most Wanted


Blogrrr, event yang mengumpulkan blogger-blogger pelbagai niche dari seluruh pelusuk negeri.

Ada yang datang dari Kelantan, Perak, Negeri Sembilan..dan yang paling jauh, dah tentulah aku dari Bandar Baru Bangi.

Blogrrr event

Seawal 9.30 pagi aku sampai di MIECC, The Mines hanya kerana untuk memberi sokongan kepada pihak yang menganjurkan event ini.

Blogrrr - blogger most wanted

Best. Ramai nama-nama besar didalam arena blog yang hadir untuk memberikan talk masing-masing dan tidak dilupakan juga pelbagai booth yang disediakan termasuk booth pakaian, makanan, buku dan lain-lain.

Juga, yang paling menyeronokkan apabila aku berpeluang untuk berjumpa dengan wakil-wakil syarikat media yang sedang mencari rakan-rakan blogger dalam usaha mereka menjalinkan kerjasama untuk projek-projek dimasa yang akan datang.

Insha-Allah kalau ada rezeki tak ke mana.

Jadi, bagi rakan-rakan blogger yang duduk kat rumah tak buat apa-apa..rasanya memang rugi sangat kalau korang tak datang. Event ni bukan selalu ada beb.

p/s: Tshirt free dah dapat.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

24 Comments

Leave a Reply
  1. Bro pun ada juga semalam yer.. Tak sempat kita nak berkenalan…

    Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap kategori dalam Blogrrr Awards…

    Semoga semakin murah rezeki menerusi blog selepas menghadiri Blogrrr semalam…

  2. kak jie dtg 3 beranak – anak sulung dgn anak bongsu

    mcm hari keluarga gitu…hehehe

    jumpa blogger yang memang dah mcm keluarga..lagi meriah

  3. Blogger dari jauh seperti kami dari Kota Kinabalu berkorban banyak duit untuk ke acara ni .. kos tambang teksi, harga tiket kapal terbang dan kos penginapan hotel hampir dekat lapan ratus..

  4. Salah satu blogger yang banyak duduk di rumah tu saya, nampaknya memang perlu mengikuti event2 seperti ini di daerah saya agar banyak pengalaman dan teman sharing sesama blogger
    Selamat menikmati kemeriahan Blogrrr 🙂

Leave a Reply to idaymohdnor Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *