in

Blogging Dengan CDN Percuma..Apa Itu CDN?


Kalau sebelum ini, Hafiz hanya mampu melihat dan mendengar pendapat orang lain tentang penggunaan CDN (Content Delivery Network), kali ini ia bukan lagi satu mimpi bagi merealisasikannya di blog Hafiz Rahim. CDN secara asasnya merujuk kepada satu sistem komputer  di Internet yang saling berhubung. Ia berfungsi dengan menyampaikan kandungan web atau blog kepada pengguna yang ramai dalam masa singkat dengan cara menggandakan kandungan sesebuah web atau blog itu kepada server-server yang berdekatan.

Sebagai contoh:

Server blog Hafiz terletak di Kuala Lumpur. Katakan Lisa Surihani atau Neelofa ingin melayari blog Hafiz di Johor, server CDN yang terdekat dengan mereka di Johor secara automatik dan pantas akan synchronize semua data blog Hafiz kepada PC diorang tanpa perlu mengakses server asal terlebih dahulu di Kuala Lumpur.

 Antara kelebihan menggunakan content delivery network adalah:

  • Loading time untuk blog lebih pantas
  • SEO yang lebih baik
  • Menjimatkan bandwith
  • Kedudukan di SERP yang lebih tinggi
  • Pengendalian trafik ke blog yang lebih tersusun. Mengurangkan risiko “server crash” disebabkan trafik yang tinggi.

Kekurangan? Hanya 1..Iaitu kos yang agak mahal. Tetapi tak mengapa, buat masa sekarang Hafiz tak perlu risau. CDN dengan bandwith 1TB yang Hafiz gunakan sekarang ini adalah PERCUMA untuk tempoh masa setahun. Semuanya kerana kupon promosi MaxCDN. Terima kasih MaxCDN dan juga kepada mobilityworlds.com diatas perkongsian entri CDN percuma.

p/s: Dapat jugak merasa apa yang blog-blog famous guna. =P


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. bro…rupanya blogger2 yang hebat guna benda2 macam ni ke?? baru tau. bukanlah kosong semata2 ye??

    p/s : kenapa neelofa dengan lisa surihani?hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *