Dari Blogger ke WordPress

Bertitik tolak pada tarikh 15hb June 2012, hari yang hafiz tunggu sekian lama ni muncul tiba. Kalau dulu bila sebut je WordPress, Hafiz memang tak pandai guna. Bukan lah tak pandai guna langsung, yang free standard akaun tu tahulah. Cuma bab-bab self-hosting, domain, install WordPress, ftp tu yang buat Hafiz serabut kepala otak. hahaha. Mujurlah hari tu bila sedang sibuk menggodek content dalam external hard disk, terjumpa e-book Panduan WordPress. On the spot tergerak la hati Hafiz nak try.

Blogger to WordPress

Untuk permulaan Hafiz try guna free hosting yang support cpanel & SQL. Search je free php and mysql hosting, bersepah hosting free keluar. First try, Hafiz dapat error. Second try, jadi tapi url berterabur, 3rd try baru jadi. Tiap-tiap kali percubaan Hafiz register guna email Gmail baru (Gmail laju sikit received email berbanding email lain).

“Semata-mata” untuk test buat blog WordPress aje. Kehkehkeh. Jangan marah ye pakcik Google. Bila dah berjaya dan tahu sikit-sikit macam mana nak handle php WordPress ni. Rasa seronok pulak. Terus niat untuk jumpship dari Blogger ke WordPress tu datang berkobar-kobar.

Cuma yang tak berapa seronok bila entry-entry lama ada yang tak compatible atau tak sesuai untuk di import ke dalam blog WordPress ini. Mungkin dalam masa yang terdekat Hafiz akan try filter entry mana yang boleh dimasukkan balik ke sini.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 2 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    hosting and domain

    Perbezaan Domain Dan Hosting