Blogger Event LIVE LIFE LARGE LG

Wow..Rasa teruja dan seronok apabila Hafiz baru sahaja menerima satu email jemputan ke blogger event LIVE LIFE LARGE LG yang bakal diadakan di The Curve (The Piazza) pada 8hb Jun 2013, Sabtu depan.

LG

Event LIVE LIFE LARGE LG ini yang bersempena dengan pelancaran produk terbaru LG iaitu TV Ultra HD 3D 84 inci pertama didunia bakal menjadi event yang menyeronokkan kerana selain pelancaran produk,  event tersebut juga akan menyediakan pelbagai aktiviti, permainan dan juga hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh pihak LG kepada pemenang.

Paling membuatkan Hafiz begitu teruja apabila pihak LG juga menganjurkan satu blogger contest dimana entri ataupun blogpost terbaik akan menerima hadiah berupa televisyen Ultra HD 3D 84 inci. Aduhaii..lemah jantung bila tahu LG menawarkan hadiah TV Ultra HD 3D 84 inci. Memang gempak habis. Pasang kat rumah sure rasa macam duduk dalam panggung wayang. Kalaulah Hafiz boleh menang, Hafiz lompat bintang 100 kali.

Ultra HD 84 inch LG TV

Sempena dengan pelancaran, antara ciri-ciri TV Ultra HD 3D 84 inci yang Hafiz harap untuk saksikan adalah:

  1. Kualiti paparan imej 3D yang hebat dan live hinggakan menampakkan gerakan halus bulu-bulu roma.
  2. Sistem bunyian home theatre yang jelas tanpa perlu memakai sistem bunyian tambahan.
  3. Fungsi smart TV dan Social Center dimana ia membenarkan pengguna melayari internet tanpa had
  4. Akses penyambungan kepada applikasi telefon pintar dan fungsi gerakan tangan (motion gesture) yang dipanggil LG Smart Remote

Fullamak..bila baca semua ini, nampak macam event LIVE LIFE LARGE LG seronok je kan?

Sebenarnya bukan “macam” lagi kot..Tapi “memang” akan seronok. Tunggu hingga hari pelancaran, sudah semestinya event LIVE LIFE LARGE LG ini akan lebih meriah dengan kehadiran blogger-blogger kacak dan cantik. Untuk makluman semua, selain blogger event ini LG juga akan turut mengadakan roadshow di The Curve (The Piazza) pada 7-9hb Jun 2013 dari jam 1o pagi hingga 10 malam. Ini kali, korang pergi serbu ramai-ramai. Mana tahu ada “something” yang sedang menunggu disana.

Untuk mendapatkan penerangan secara ringkas tentang kelebihan TV 84 inci ini, korang boleh layari laman web LG di SINI.

p/s: Plan nak beli tv terpaksa hold, mana tahu ada rezeki menang.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

31 Comments

Leave a Reply
  1. UNTUNG la dapat jadi duta brand LG la pulak skang…. tapi kan kalau kita perasan… tv besar gedabak nie kalau tak hotel… restoran mamak je yang boleh kita lihat…. itupun diorang prefer pakai projektor je kan

  2. mmg tak kuar rumah lah kalau pasang ps3 kat tv ni perghhhh syok ler kalau dapat
    jal recently posted..Lagi Campaign Assignment ChurpChurp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perniagaan Kuih Raya

Ramadhan Bakal Menjelma Lagi