in

Tips Berblogging Secara Konsisten


Kalau kita search Google banyak tips-tips tentang cara nak jadi blogger yang berjaya. Tapi bagi pandangan peribadi aku semua tips-tips ini hanya fokuskan kepada satu perkara saja iaitu “konsistensi“. Tak dinafikan untuk mencapai konsistensi semasa berblogging memang susah, in real life macam-macam perkara akan timbul yang boleh halang kita dari meluangkan masa untuk buat entri-entri baru.

Even aku sendiri pun kadang-kadang ada jugak ter-miss 2-3 hari untuk buat entry. Cuma apa yang boleh aku buat untuk capai konsistensi adalah dengan cara-cara yang aku catatkan kat bawah ni.

Consistency

List topik
Senaraikan topik-topik menarik yang dirasakan boleh dibuat entry. List ini akan diupdate dari semasa ke semasa. Macam aku, senarai topik ini aku updatekan dalam handphone cabuk je. Tiap-tiap kali ada idea yang terlintas di kepala, terus aku masukkan ke dalam senarai. Bila sampai waktu yang sesuai kita boleh pilih topik mana yang perlu di-detailkan menjadi entry.

Schedule
Setkan jadual dimana ada masa yang merupakan masa wajib kita untuk detailkan topik-topik yang telah disenaraikan. Contoh macam aku, balik kerja or tengah malam adalah waktu wajib untuk aku memerah otak untuk buat entry.

Penceritaan
Semasa mengarang entry, jadi lah diri sendiri. Tak perlu untuk kita meniru style blogger-blogger lain. Dengan ada nya style kita yang tersendiri, readers akan ingat cara penulisan kita.

Entry-entry yang dibuat juga perlu lah yang berisi, maksud berisi ini dimana readers boleh dapat knowledge dari entry tersebut. Secara tak langsung bila sesebuah entry yang berisi tu dibaca oleh pembaca, semestinya dia akan share kepada rakan-rakan.

Tapi tak salah sekiranya kita nak selitkan juga entry-entry isu semasa ataupun something yang humor. Sekali sekala readers pun suka juga jika blog kita mempunyai bacaan yang menarik.

Akhir sekali, jika ada di antara pembaca yang nak jadi blogger juga dan yang paling teruk korang tak de masa yang mengizinkan. Boleh lah upah orang lain untuk membuat penulisan di blog korang tu. Tapi bagi aku la, keseronokan berblogging tu  akan hilang bila hire orang lain untuk buat entry dalam blog sendiri. Peace.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

15 Comments

Leave a Reply
  1. tulis dapat feedback, konsisten tu benda paling syok..
    tapi kalau bab hire tu lain cerita dah, sebab network kan..mesti nak luaskan apa yg boleh diusahakan..
    btw blog ni dah ok kan..

  2. setuju..bila dapat respon dari pembaca..kadang-kadang boleh tersenyum sorang-sorang..haha..betul..maybe kalau network dah besar sangat memang perlu hire orang.

    kat google search result je blum ok bro..maybe cached google lambat update kot.

  3. baru ja nak berblog ni….seronok tp xmahir lg mcmana nak berblog
    susah gak nak cri trafic nie hehehe….
    klo sapa yg sudi lawat n komen la leh improve blog sy
    as salam

  4. kena rajin… rajin.. rajin.. kalo orang cakap MALAS kat aku… malas laaa aku nak layan.. hik3.. skali skala takpe..

  5. Setuju dengan entri bro, nak menulis perlu konsisten, penuh berinformasi dan ikut style sendiri. Paling penting sekali, share something yang bermanfaat untuk membantu orang lain. Yang lain akan ikut jg

  6. betul tu, kalau ada idea terlintas better catat terus dalam handphone atau buku…cara saya, saya gunakan satu buku iaitu buku entri blog. dah siap senarai post yang akan dibuat. hanya nak tulis je nanti. 🙂

Leave a Reply to Bloggedewek Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *