in

Blog Terabai.. Kerja Baru.. Restart!


Sumpah.. lama gila aku tak muat naik entri terbaru. Kalau ada pun beberapa bulan lepas, entri berkenaan dengan press release. Itu pun aku paksa diri untuk update blog yang dah bersawang ni sebab kawan bagi task. Hahaha.

Serius weh..rutin harian aku sekarang dah makin padat. Tersangat padat sampaikan bila ada je waktu terluang untuk “me time”, kebanyakkan daripadanya aku terlelap.. sama ada di kamar tidur, atas kerusi sofa, atas lantai, dalam kereta.. atau mana-mana je yang aku boleh sandarkan kepala

Bukan sekali wife aku tegur, contoh bile dia nampak aku meniarap atas lantai ke, tak sampai berapa minit dah hanyut ke alam mimpi. Magic kan.. tapi walaubagaimana pun, selain faktor penat.. aku rasa kebolehan untuk tidur dalam masa yang singkat ni memang kelebihan para suami kot. Sebab bukan aku je yang berkebolehan macam ni, aku tanya officemate or member whatsapp pun, lebih kurang jugak. So, pendek kata lelaki memang champion bab tidur cepat. Hahaha.

Kembali kepada cerita aku dah lama tak update blog jugak, kadang-kadang aku sendiri pun rasa ralat..

Yela.. suatu ketika dulu, blog ni aku anggap diari hidup aku.. tapi sekarang dah sunyi dan bersawang. Kalau dicongak dalam masa setahun aku tak update cerita-cerita yang boleh dikenang dalam memori indah dan ada jugak tak berapa indah untuk aku semadikan dalam blog ni.. lebih kurang 20-30 entri yang mungkin aku dah missed untuk kongsikan dengan korang.

Tapi tak apa lah.. hari ni aku baru tersedar dari mimpi dan semacam mendapat satu kekuatan baru untuk update blog, aku akan cuba untuk update entri backdated supaya tak ada lah aku terlepas moment-moment yang penting dalam hidup aku kebelakangan ni. Hahaha

Haziq dah nak habis sekolah, aku tak up lagi entri dia masuk darjah 1.. hahahaha

Dimulakan dengan.. tempat kerja baru!

Yes.. kalau korang baru nak tahu, aku dah kerja dekat tempat baru. Masuk balik bandaraya Kuala Lumpur. Terpaksa harungi balik liku-liku jalanraya yang sesak, berteduh dibawah jambatan kalau hujan lebat.

Kalau sebelum ni, aku kerja dekat je dengan rumah.. dalam 10-15 minit dah boleh sampai office. Tapi sekarang, jarak perjalanan dan tempoh masa tu didarabkan dengan dua. Lokasi, belakang KLCC. Cukup lah kalau aku bagitahu korang, aku masih lagi dalam industri Oil & Gas, cumanya syarikat yang aku kerja sekarang ni lebih stabil, berstatus multinasional dan beribu pejabat di Thailand..sekarang banyak jumpa orang Thailand je, Sah-Waa-Dee Ka!

Pantry office baru aku.. cantik kannnnnn 😉

Rezeki bak kata orang.. dapat kerja disaat-saat akhir sewaktu syarikat lama tengah struggle untuk kurangkan tenaga kerja atas masalah kewangan yang semakin meruncing, bila dapat je kerja baru ni.. mengalir jugak la kejap air mata. Mungkin berkat doa mak & wife aku, hinggakan pada hari aku nak hadiri temuduga pun.. wife aku ambik cuti ikut sekali teman sampai ke lobi syarikat baru. Kenangan sungguh. Heee.

Dah kerja dekat dengan wife, selalu la pergi lunch sesame.. Hehehe

Apa-apa pun, fasa struggle berbulan-bulan di syarikat lama dah berjaya aku lalui. Sekarang kena teruskan hidup dengan persekitaran kerja baru, officemate baru, cara kerja baru & jugak majikan baru. Life must go on.. Chaiyok pada diri sendiri!

Nota: Nak tahu aku kerja mana sekarang, follow FB personal aku. Ada share kat sana. Hee


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *