Tiap-tiap bulan, kerap kali aku terbaca perkongsian cerita daripada rakan-rakan yang telah berjaya mendapatkan komisyen hasil daripada berblogging melalui sistem affiliate. Tahniah aku ucapkan.
Dan secara jujurnya, aku seronok membaca entri-entri sebegitu kerana ia semacam memberi motivasi kepada diri aku untuk terus berusaha mencapai tahap yang sama seperti mereka.
Affiliate yang bermakna anda mempromosikan sesuatu produk secara online dan akan mendapat komisyen sekiranya produk yang dipromosikan itu terjual.
Kiranya anda diibaratkan sebagai seorang salesman, tapi tidak perlu berhadapan dengan pelanggan. Cukup sekadar menulis dan mempromosikan produk didalam blog.
Apa yang aku rasakan tentang sistem affiliate ini, ia adalah satu platform yang berkesan khususnya bagi meningkatkan hasil jualan sesuatu produk itu malah ianya juga cukup baik jika aku mengatakan ianya sebagai salah satu bonus kepada para blogger diluar sana.
Contoh termudah, katakanlah trafik harian blog anda adalah disekitar 1000 UV setiap hari. Itu bermaksud anda mempunyai potential buyer seramai 30,000 orang setiap bulan. Fuh..Cukup ramai.
Jadi, apa salahnya jika didalam sebulan itu anda mengambil inisiatif untuk menyelitkan minimum dua atau tiga entri affiliate didalam blog (in case kalau ada yang malas nak buat entri banyak-banyak). Entri affiliate tidak perlu terlalu detail, cukup sekadar menyampaikan point-point penting bersama umpan-umpan yang menggoda.
Manalah tahu ada diantara 30,000 pembaca anda itu yang berminat untuk membeli salah satu produk yang dipromosikan. Dah dapat rezeki kat situ..Untung badan.
Program-program affiliate dah makin banyak sekarang..paling mudah, daftar sahaja di Ashadee.com Klikjer.com. Bersepah-sepah produk affiliate yang boleh dipromosikan dengan kadar komisyen yang berlainan. Pilih..jangan tak pilih.
Program Affiliate ini sudah lama dan masih relevan.
semakin banyak produk affiliate sekarang, semakin banyak peluang. semoga sukses bro.
Terima kasih..insha Allah bro dengan tunjuk ajar dari rakan2
TQ for the information bro , Ty dah try IklanSticky.com tapi macam da masalah server , ntah sampai bila. Ingat nak cuba yang ni la pula , nasib kot2 di sini. heee
IklanSticky dah elok dah..hari tu server down kot..ramai sangat serang
baru berjinak dengan program affiliate ni..hasil dari perkongsian kawan-kawan blogger jugak tq
ruang dah terbuka..nak kena rajin usaha je
yang penting, kena rajin buat promosi la. baru senang nak dapat hasilnya..
gua nak kena menuntut dengan lu bro cara nak promosi
Peluang dah makin bnyak, nak kena usahakan jer
Teringin nak dapat komisen daripada affiliate…semua ikhtiar tidak menjadi. Kena cari teknik mengoda…macam bro katakan.
buat duit dengan affiliate memang best. lagi best daripada buat duit dengan pengiklanan. 😀
Den pun baru jer berjinak dengan affiliate ni.
30k sebulan pastu sangkut 10peratus daripadanya kan best hehe
yerp..kalau sampai tahap macam tu memang seronok. 🙂
mmg best kalau umpan mengena dgn affiliate…