Blog Begins At Forty Uncle Gedek

Kalau sebelum ni setiap kali Hafiz login facebook, mesti akan terpandang entry dari bro Marzuki atau lebih dikenali sebagai Uncle Gedek. Mostly entry beliau mesti akan disekalikan thumbnail mukanya yang berlagak garang plus macho tu. Eeuwww. Dalam hati tertanya-tanya jugak.

“Apekejadahnya entri yang Uncle Gedek ni buat? Mencapub gila buat self potrait.”

Sampai la satu masa, bila rasa ingin tahu tentang aktiviti bro yang mencapub ni memuncak. Terjahan ke blogbeginsatforty dilakukan.

Perghh..Dari tahun 2009 hingga 2012, semua entry Uncle Gedek self potrait kot. Rasa nak je lempang dia bertalu-talu. Geram ada, lawak pun ada. Hahaha. Tapi disebabkan terjahan baru bermula, takkan nak terus lempang. Hafiz explore dulu apa yang patut. Korek rahsia kenapa Uncle Gedek produce entri-entri macam ni, hinggalah terjumpa satu section FAQ di sebelah kanan blog beliau.

Baca punya baca..Owwhhhhhh. Semua gambar self potrait tu ada maksud rupanya. Baru lah Ku tahu yang Uncle Gedek dalam project self potraitkan diri sendiri macam Van Gogh (seorang pelukis self potrait diri sendiri sejak tahun 1886-1889). Bunyi macam menarik. Idea yang tak pernah terlintas dalam kepala otak sendiri. Siap ada lagi beberapa orang blogger international yang turut self potraitkan diri sendiri sejak beberapa tahun sudah. Wow!

Dari situ baru Hafiz faham erti seni yang cuba diketengahkan oleh Uncle Gedek, disamping beliau cuba photo log potrait sendiri untuk tatapan anak cucu pada masa hadapan. Gua respect sama lu bro. Lu memang ada class. Ayat lempang, mencapub tu gua tarik balik. Minta maaf, minta ampun. Selamat Hari Raya. Gua nak jadi protege lu bro. Hehehe.

p/s: Entri paling lawak, bila Uncle tahan LRT macam tahan teksi. Hahaha. Dan jangan terkejut, hasil daripada entri-entri self potrait ini..blog beliau sekarang berpangkat PR3. Tiba-tiba rasa nak buat 1 blog self potrait jugak. =P

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

30 Comments

Leave a Reply
  1. Muka Uncle Gedek ni memang sesuai buat self-portrait. Kalau muka yang langsung tak boleh buat muka serius tu, memang tak boleh lah. Haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tidak Semua Made in Japan Bagus

UFO Capsule