- First thing yang keluar masa masuk blog korang, akan keluar lagu. Entry, gambar tak keluar lagi. Suara keluar dulu. Lagu tu akan autoplay. Means tak perlu tekan button play, terus nyanyi je. Lagu pulak lagu tangkap leleh New Boyz. Fuuu..Tahu la minat Tomok. Tapi korang dengar sorang-sorang kat PC dah la. Bukan semua orang minat Tomok. Kalau nak letak sangat pun, disablekan dulu Autoplay. Tak lah pembaca terganggu.
- Font yang korang guna dah macam tulisan doktor. Cantum-cantum dah macam tulisan cina. Lagi teruk font tu halussss je. Kena pakai kanta pembesar kalau nak baca. Kalau yang pandai IT sikit guna function “Ctrl + Scroll Up” atau “Ctrl and + – “. Tulisan kot, element paling penting untuk orang baca entry korang. Lagi simple lagi bagus.
- Entri korang panjang berjela, mengalahkan highway Utara – Selatan. Gambar satu pun takde. Kalau copy paste entry tu masuk dalam Microsoft Word, boleh jadi 5-6 page. Boleh juling mata bila baca. Highway pun ada RnR lah, bila penat boleh rehat. Gambar dalam setiap entry tu sedikit sebanyak boleh rehatkan mata.
- Iklan penuh satu page. Entry cuma 5-6 baris kat tengah-tengah page tu. Bagi owner yang boleh manage tak apa, tapi kalau yang tak reti manage macam mana. Iklan ikut dan je saiz nye.
- Terlalu banyak widget mengarut. Cursor bentuk bulat, hujan bintang, aquarium ikan, popup screen. Tolong la, benda-benda ni ramai orang tak suka kot. Tak ada faedahnya letak dalam blog, melainkan buat blog korang jadi slow nak loading.
Blog yang bagus haruslah mudah dibaca dan nampak profesional.
Blog ni pun nampak kemas, penulisan teratur.
Sedap mata memandang. Tahniah.
Terima kasih bro. Saya masih dalam proses merangkak dalam dunia blogging, masih banyak perlu belajar.
Tips yang baik ni 🙂
OHh terasanya diriku …
Eh jangan macam tu bro..bro salah sorang idola saya..hehe
Artikel panjang takpe. Tapi biar best.
Cuma part keluar lagu autoplay dan tak boleh tutup tu yg kurang syok.
yerp..part lagu autoplay memang aku takleh nak tolerate..skali pasang lagu dangdut..hadoi..haha
part yg ada widget tu mmg annoying gila. ada benda terbang la, ada gambar dgn bf/gf. haha.
nak buat camne..itu dah jadi blog terlampau personal..hahaha
Memang annoying bila jumpa blog camtu.. buang widget yg x perlu
annoying plus memberatkan blog..ramai blogger baru tak sedar tentang info macam ni..main belasah je letak semua widget
Kalau tulis terlalu ringkas akan memberi kesan SEO sekurang-kurang minimum 300 patah perkataan tetapi yang penting teknik penulisan yang menarik adalah intipati.
ilmu ni..thanks for sharing bro.
huhuhu..comel je entri nih..lagi satu… penggunaan ayat yang kita pun tak bolehnak sebut. parkinson rasanya mulut.. “ittew cyunk awark cgt tiew” oh.. berbelit2 lidah.
yang tu pun rasa nak hantuk kepala kat dinding kalau terjumpa blog yang tulis macam tu..hehe
aku x pandai letak lagu dlm blog dari dulu lagi
takpe bro kalau tak pandai..ignore je..orang memang tak suka pun blog ada lagu.haha
Ha ha sapa pula yang mkn cili
betul tu memang semak mata tgk…ntah blog aku macam mana pulak yek…
blog ko setakat ni ok lagi bro..hehe
Memang menyakitkan mata dan hati tengok benda cam nie..
kebanyakannya blog begini banyak blog perempuan (please exclude saya) yang menggunakan blogspot. for them, lebih relax dan enjoyful.. padahal untuk pembaca, semua ini sangat ‘menyemak-nyamunkan’ pandangan mata. heeee
salam perkenalan dari saya, Lily Nrman
betul tu..blogger perempuan khususnya, selalu ada benda2 macam ni..alasannya blog personal..tapi blog personal pun nak kena ada pembaca kan..so, kena consider kesenangan dan keselesaan pembaca juga..kalau tak, syok sendiri namanya tu. salam perkenalan dari saya juga. 🙂
blog aku ok tak bro???hehehe
blog ko tak ok bro..unless ko bagi komisyen iklan banyak2 dalam blog ko tu kat aku sikit..terus aku cakap, blog ko terbaik.hahaha..sekadar bergurau bro.blog ko ok. 🙂
blog gua yang satu ni. takde pape. cuma gua letak salji sebagai penghibur. itu takpe kan?
haha..salji tu takde hal sangat bro.
Bagi eden as long takde lagu tu kira okey laaa…. takde bingit telinga nie…. hohohoo
kalau terjumpa blog yang ada lagu dangdut ko layan tak? hehehe
gua kena muhasabah kan blog gua , tengok ada tak ciri – ciri diatas nih
silakan bro..senarai kat atas ni majoriti feedback daripada pembaca. 🙂
dkna setuju ngan hafiz.. yang lagi satu kalau ada LIKE FB .. sleagi tak like, kene tungu 60saat.. lama tu. Last sekali dkna suka X hehehehee
60 saat ok lagi dkna..kalau yang takde timing, selagi tak tekan like kena tunggu..rasa nak pegi marah je owner blog..hahaha