in

BlackBerry Messenger Untuk Android


Setelah sekian lamanya, BlackBerry akhirnya akur dengan arus semasa..BlackBerry Messengger (BBM) bukanlah sesuatu yang menjadi kegilaan ramai lagi.

Jika dahulunya kita dapat melihat BBM menjadi satu trend ikutan ramai, kini dengan kemunculan applikasi-applikasi lain seperti WeChat, WhatsApp dan lain-lain menyebabkan kepopularitian mereka jatuh merudum.

Maka, untuk memartabatkan kembali nama BBM di mata dunia..satu langkah drastik telah dilakukan, iaitu dengan memperkenalkan Blackberry Messenger untuk Android dan juga iPhone.

BBM for Android

Tetapi untuk membolehkan para pengguna Android dan iPhone menggunakan applikasi ini, mereka perlulah membuat pra-pendaftaran terlebih dahulu. Pra-pendaftaran yang memerlukan seseorang itu memuat turun applikasi ini dan kemudiannya mendaftarkan alamat email yang akan digunakan bersama akaun BBM. Setelah mendapat jemputan daripada pihak BlackBerry, barulah pendaftaran pin boleh dilakukan seperti dibawah (Contoh menggunakan sistem Android).

Muat turun boleh didapati melalui laman web BlackBerry.

Perlu dimaklumkan bahawa BlackBerry Messenger ini menggunakan data plan bagi setiap telefon pintar. Jadi, sekiranya anda pengguna prepaid..sila berwaspada. Secara peribadinya, BBM ini agak okay. Cuma dari pengamatan beberapa hari ini..mungkin kerana applikasi ini memerlukan penyambungan data dan synchronization  secara berterusan, menyebabkan kadar penggunaan bateri semakin kuat.

p/s: Dan disebabkan bateri cepat habis, terpaksa aku uninstall BBM ni. The End.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

20 Comments

Leave a Reply
  1. Nak tambah sikit boleh?

    Pasal penggunaan data plan,jika pengaturan MOBILE DATA diatur kepada disable maka telephone pintar hanya akan menggunakan talian wifi.

  2. Terima kasih di atas perkongsian info… Tak ada line internet dekat Smartphone saya, nak line internet kena balik ke rumah dulu, sebab guna Wifi…

  3. BBM hanya untuk yang berani… Kalau takut habis bateri sila uninstall macam Bro Hafiz.. Hahaha. Saya dah guna, dan berpendapat BBM boleh menggantikan whatsapp satu hari nanti. BBM lebih menarik sebab tiada iklan dan free plak tu. Cuma tak ramai kawan yg guna je.. Terpaksa uninstall semula.. 🙂 keputusan paling tepat setakat ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *