Nah tengok. Siapa kata lelaki tak pandai buat kuih raya. Pandai tau. Petang semalam aku buat.
Kuih semperit, walaupun nampak tak berapa nak comel. Tapi rasa semperit tu ada.
Isteri tolong bentukkan je, adunan semua tu.. aku yang buat. Haa.. ada gaya nak jadi chef kan. Hahaha.
Tapi korang jangan la tanya aku resipi biskut semperit ni. Aku main belasah buat je. Adunan tak ada sukatan, sesedap rasa. Semua bahan main campur je.
- Marjerin
- Gula aising
- Telur kuning sebiji
- Esen vanilla
- Pewarna
- Campuran tepung biskut MFM, tepung jagung (yang ni masukkan sedikit demi sedikit hingga doh tak melekat di tangan).
Dah siap ni kalau siapa nak rasa, meh lah datang raya kat rumah. Stok terhad. First come first serve. Owh.. lupa bagitahu. Aku terlupa masukkan tepung kastard. Hahaha.
p/s: Nak resipi lengkap boleh usha sini -> Resipi Kuih Semperit.
haha..Fiz , aku baru nak tanya resipi… ok belasah jek ea..
PCL recently posted..Santai petang dengan baju Kelab Blogger dan WhatsApp !
aku takde le minat nak buat..ahaha.minat makan je le
reezluv recently posted..Elakkan Risiko Hutang Dengan Courts Mammoth
Yeahhh…. aku sokong kata RezLuv tu…. kita ni jadi food taster ….
Hazman Fadzil recently posted..Jom Berbuka Puasa di Restoran Fish & Co. Malaysia
my favorite ni..:)
tang dulang pembakar tu yg paling special skali..hehe
Mummy Dina recently posted..Bolehkah Minum Banyak Air Semasa Berpantang?
Dulang tu evergreen punya tools & paling senang nak cari. Hahaha
Nampak mcm power je semperit tu..tapi sayang..balak yg buat..kalau awek buat gua nak gak try..
Fauzi Blues recently posted..Sisi Lain Wanita Pemilik Peugeot CDM25 Histeria.
aku tak berapa gemar kuih semperit nih.
lebih gemar kuih yang ada coklat-coklat sket. hoho
titan recently posted..5 Pendedahan ini akan bantu korang buat duit online dengan LEBIH BERKESAN.