Bila Usia Haziq Dah Cecah 5 Bulan

5 bulan lebih, dah banyak progress dah si budak Haziq ni. Nak ajak orang bermain la, nak ajak orang keluar berjalan la, buat muka sedih la dan yang paling lucu, bila dia dah mula tidur buas.

Asal letak tidur atas tilam, posisi mula-mula ada kat tengah. Tapi lama-kelamaan, dah makin turun dari tilam. Kalau tak perasan, memang sampai atas lantai.

Punya la buas tidur kan. Dah serupa macam abang Khair.

Abang Khair pun, kalau tidur boleh tahan buas jugak. Tidur sekatil dengan dia, rasanya semua hujung katil dia boleh sampai. Kaki atas muka? Berkali-kali dah daddy kena. No wonder hinggakan ibu surrender kalau Khair ajak tidur sekali, tak lena tidur katanya. Hahaha.

Minggu depan, Haziq ada appointment dengan doktor dekat KPMC (Kajang Plaza Medical Centre) pulak. Nak kena berkhatan sebab beberapa bulan lepas ada buat checkup dengan KPJ tentang urine infection. Doktor kata kalau tak berkhatan, barang kali boleh memudaratkan buah pinggang bila dah dewasa nanti.

Hohoho.. Macam mana agaknya nanti nak berkhatan si budak kecik ni. Orang kata, kalau berkhatan masa baby senang nak jaga. We will see.

Ini riak wajah bila sedih orang tak nak dukung. Hehehe

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Penat Melayan Karenah Anak? Lukisan Komik Ini Mungkin Akan Menginsafkan Anda

    Senarai Penghulu Mukim Daerah Hulu Langat