Bila Tak Pakai Tali Pinggang Keledar..


Lately khair kerap bebel pada aku.. bila masuk kereta, drive, mesti tak pakai tali pinggang keledar. Boleh kata dia punya bebel tu macam dah tahap pakcik makcik. Serius punya bebel. Kalau tak pakai waktu dia bebel, dia siap ugut nak pukul aku. Punya la concern pasal pakai seat belt kan. Hahaha.

Tapi dah buat salah kan.. bila anak tegur, kena berlapang dada. Walaupun sebagai bapa, bila anak suruh buat benda elok. Kenapa aku endahkan arahan dia kan.

Kalau dulu masa baru beli kereta memang aku rajin pakai tali pinggang keledar ni. Tapi entahlah.. lately terasa macam malas nak pakai, kadang-kadang sebab jarak nak pergi sesuatu tempat tu dekat.

Hadeh.. apa punya perangai la kan. Walaupun tau benda tu tak elok, masih lagi nak keras kepala.

Nasib baik ada anak.. Semacam pegawai JPJ dah dia kat tepi aku setiap kali drive kereta. Nampak je lampu seat belt menyala.. terus bagi warning pada aku sambil bagi jelingan tajam.

Sekadar hiasan – Bergambar lepas solat raya Aidiladha hari tu

Sorry Khair.. daddy pakai sekarang. :p



TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini