Bosan betul aku, semenjak dua menjak ni makin banyak pulak semut dalam rumah. Pantang dibiarkan makanan kat mana-mana je, mesti tak sampai 10 minit dah ada yang datang hurung.
Nak baring-baring atas karpet pun kadang-kadang ada juga seekor dua yang datang merayap.
Datang dari mana pun aku tak tahu. Tapi aku ada perasan sejak Jabatan Meteorologikal Malaysia ada keluarkan pengumuman tentang musim panas yang berpanjangan mungkin akan berlaku sepanjanb bulan Mei hingga September, makin aktif pulak semut ni.
Hmm.. mungkin sebab panas kot diorang banyak keluar cari makan kat tempat sejuk. Tempat sejuk tu pulak rumah aku. Nasib badan. Hahaha.
Well, disebabkan semut pun dah makin banyak.. jiwa pun makin stress (tapi nasib baik rumah dah wangi, dapat tenangkan hati sikit). Aku ada beli ubat semut ni, tak tahu apa nama. Tulisan Jepun, aku jumpa masa pergi IKANO Power Centre tempoh hari. Katanya boleh bunuh semua semut-semut dalam rumah, sekali dengan permaisuri semut dalam sarang.
Hmm.. Harap-harapnya betul lah kan. Kalau tak betul, kena cari cara lain pulak untuk berperang dengan semut.
p.s: Masalah dengan taik kucing dah settle, cara yang aku guna mudah gila. Tak perlu nak beli apa-apa produk. Guna air je. Baca sini, Cara Mudah Elak Kucing Berak Merata
macam mana? berjaya tak?
Aah la.. nak tau jugak. Ok tak alat tu? Berkesan tak?
Saya stress bila semut ada dalam bekas air masak. Masuk dalam bekas susu anak lagi la stress..sah2 kena buang..duit tuuuuu
Macam mana? Menjadi tak?
Ubat jenis umpan semut boleh menyelesaikan masalah kehadiran semut. Semut yang makan umpan akan kembali ke koloni mereka dan semut lain juga akan turut mati.
Bagaimana nak guna nya? kalau masuk makanan memang sedih huhu
menarik gak tu..xpun kat pasar malam pun ade jual serbuk untuk bunuh semut ni. rasenyer konsep yang sama gak yang macam kat ikano tu tapi dengan rega lagi murah la kot…
macam yang suami saya buat, buat combination sumer..firstly cari laluan semut n letak serbuk tu. tapi make sure tersorok skit.buatnya kucing atau anak-anak termakan, x ke haru. pastu semua bekas kami pastikan tutup rapat. kalu jenis yang loose tu, mmg tukar yg lain je la.ade kat ikea n kedai2 plastik even kedai 2 hengget pun ade. pastu kena selalu bersihkan kawasan yang selalu semut hurung n naik la..saya bersihkan dengan BasicH Shaklee..selalunya selepas 2-3 hari, memang akan kurang la..tp paling penting, kena selalu bersihkan kwsn rumah je..insyaAllah 🙂
samalah..kat rumah ada semut.. sakan dia berjalan2.. dah laa irine jenis geram tengok semut, nanti dia kutip ngan makan..huhu..haru betul
dah macam cite ant man bro
over houl sikit dapur tu.
kemas elok.
in-sha Allah..gajah pun tak nak datang dah lepas tu.
Sebab terkejut bersih sangat. hehe
Masalahnya kat dapur rumah aku tak ada apa sangat bro. Tak tau nak kemas apa. hahaha