Bila Khair Masuk Taekwando

Daripada tahun lepas lagi dia teringin nak join Taekwando. Tapi baru tahun ni je decide untuk benarkan dia masuk kelas.

Kelas tak buat jauh pun, cuma dekat preschool dia je. So, kalau ada hari untuk praktis dia akan balik rumah dulu kemudian dia akan pergi balik bila tiba waktunya.

Nak dijadikan cerita, hari ni merupakan first grading day untuk Khair. Kiranya exam la untuk ke level yang lebih tinggi.

Sekarang, white belt. Kena hafal beberapa step untuk proceed ke yellow belt.

So far masa grading tadi, dia perform ok je depan Master. Walaupun kekuda agak tak kuat, tapi most of the commands dia faham.

Budak-budak lah katakan, don’t put high expectation on them. Dia dapat berdisiplin dan dengar cakap Master kira dah cukup baik dah.

Lepas habis grading tadi, muka ada senyum. Mula-mula tadi masa nak pergi grading tak bagi daddy ikut, malu la tu kot daddy tengok.

Tapi daddy cerdik, daddy senyap-senyap masuk rakam video masa dia tengah perform. Hahaha

Result?

Tak dapat lagi. Kena tunggu esok lusa lah kot. Nanti teacher akan inform kalau dah tahu result dan akan ada sijil juga.

p.s: Daddy dulu sampai green belt je. Tapi tu pun belajar unofficial dengan Master yang kebetulan jadi cikgu kat sekolah rendah yang daddy belajar. So, sijil-sijil semua takdak. Hahaha

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 7 Comments

    Leave a Reply
    1. Anak sy 3 org dah join sejak umur 5 tahun..
      Yg darjah 5 dah first pom (underage black belt).
      Janji dorang minat.. kena support. Sebagai mak bapa mungkin kesian tengok anak-anak lebam sana sini.. alah bisa tegal biasa..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Cukur Rambut Baby Haziq

    Cucuk Imunisasi Haziq 2 Bulan