Bila Khair Masuk Pra Sekolah

Tamat episod pertama drama Khair pergi pra sekolah.

Berakhir dengan Khair berlinangan air mata bila daddy pergi jemput dia di pintu pagar. Terus menangis buat-buat sedih sebab kena tinggal pagi tadi.

Walhal, sebelum tu teacher bagitahu dia okay je main dengan kawan-kawan. Asalkan jangan nampak kereta vios warna putih. Kalau nampak vios putih.. siap! Dia ingat tu kereta daddy dia. Hahaha.

Khair_Masuk Pra Sekolah

Balik dari sekolah tadi, masuk dalam kereta terus aku ajak dia pergi beli aiskrim. Bagi upah.. sebab dah berjaya behave kat sekolah tadi.

Pagi sampai tengahari.. Bukan senang oo nak tunggu dia habiskan 4 jam. Pra sekolah sebelum ni pun, nak habiskan 2 jam dah terseksa macam apa.

Masuk Pra Sekolah

On the way balik ke rumah, ibu test tanya soalan..

Adik main apa kat school?

Slow-slow je dia jawab..

Panjat.. panjat. Esok school.

Haa.. see. Tak fobia pun ko. Yes, percubaan pertama berjaya. Nampaknya, kali ni pandai teacher mainkan peranan. Dalam 3 buah pra sekolah, yang sekarang ni dia paling suka. Alhamdulillah, dekat pun dekat. Taklah risau sangat.

Khair_Tamat Hari Pertama Pra Sekolah
Sampai rumah.. lapar. Makan karipap.

p.s: Pagi tadi keluar rumah, muka excited. Tiba je depan sekolah, tak nak turun. Ibu tarik pun taknak pergi. Teacher datang, terus dukung bawak masuk dalam. Settle.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

9 Comments

Leave a Reply
  1. kaler uniform sama mcm tadika ank sy di klang. cuma design je lain. gabungan kaler ijau ngan purple ni mmg rare tp cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Harga Tambah Nilai Prabayar Dah Back To Normal

Pra Sekolah Hari Kedua, Tak Nangis Dah