Bila Khair Hilangkan Handphone Tanpa Sengaja


Rutin sebelum tidur, Khair selalu ingatkan aku untuk charge handphone dia. Aku pun, dari jauh iyakan je apa yang diberitahu tanpa berpaling pun sama untuk tengok dia ataupun cari dimana kedudukan handphone tu berada.

Lepas tukar baju tidur dan pampers Haziq, aku mula nak buat apa yang dipesan. Aku cari atas meja solek, handphone tak ada. Dalam handbag ibu dia, pun tak.

Dalam kereta, dalam beg sekolah, dalam beg baju.. semua tak ada. Ahh sudah. Mana handphone!

Masa ni telinga dah rasa panas, semacam darah nak mula mendidih. Aku panggil Khair.. dengan nada tinggi aku tanya.

“Handphone tadi letak mana?! Bawak masuk kedai tak?!”

Dia mula cuak. 3 kali aku tanya soalan yang sama, dengan jawapan yang diberikan juga sama yang mengatakan dia ada bawak masuk kedai.

For info, tadi sebelum balik memang kitorang ada singgah kedai makan. Dan nak dijadikan cerita pulak, aku terlepas pandang sama ada handphone tu berada dalam tangan dia atau tak.

So, lepas 3 kali jawapan yang sama aku dengar dan dia sendiri cari dalam beg pun tak ada, hati aku mula mendidih. Nak marah, ikutkan hati memang geram. Tapi, naluri bapa.. masih ada rasa tak sampai hati.

Aku tahankan juga rasa marah, cuma yang terlepas pada ketika itu.. suara je terlebih tinggi sikit sekali dengan pulas telinga satu kali. Nak kata pulas kuat sangat tu tak, tapi boleh lah rasa sakitnya.

Dalam hati aku, nak dijadikan pengajaran. Supaya dia tahu aku marah bila berlaku situasi macam ni.

Nak redakan lagi kemarahan aku, aku arahkan juga dia masuk tidur waktu tu juga. Aku tak boleh. Kalau dia tak masuk tidur, takut aku lagi jiwa kacau. Kang jadi lain pulak. Kesabaran perlu dikawal.

Sesudah dia masuk dalam bilik, peluk bantal.. terkaku diam. Semacam sedar memang itu salah dia, aku tutup pintu bilik. Capai seluar, pakai tshirt, bagitahu wife nak pergi kedai makan yang kitorang pergi tadi.

Kemudian, dalam kereta aku tak menaruh harapan tinggi sangat dah. Apa yang berlaku, pasrah je la walaupun hati ada rasa sedikit sakit. Ye la, beli dulu mahal. Tiba-tiba anak hilangkan. Frust weh.

Beberapa minit kemudian, sampai kedai makan. Sebelum turun dari kereta baca Bismillah. Mana tahu ada keajaiban berlaku.

Dan..

Tanpa disangka-sangka, setibanya aku dikaunter bayaran. Baru je tanya ada orang tertinggal barang ke tak, spontan kakak kedai tu jawab. Tinggal handphone kan, warna merah.. Sony.

Fuhh.. lega hati aku bila dengar macam tu. Aku iyakan, lalu tangan dia menghulurkan handphone yang dicari-cari tadi. Syukur. Masih panjang jodoh Khair dengan handphone ni nanti. Hohoho.

Aku ucap terima kasih lalu beredar dari situ. Lega.. lega.. lega. Cuma, bila dah lega.. teringat pulak aku marah Khair tadi. Tiba-tiba timbul dalam hati rasa kesian bila tengok mata dia bergenang dengan air mata lepas kena tarik telinga.

Sorry Khair.. Sorry. Hmm..

Tapi, salah tetap salah. Aku pun kena cekalkan hati kalau nak mengajar dia, supaya lain kali lebih ambil berat tentang barang-barang kepunyaan dia.

Cuma, buat masa sekarang bila dah dapat balik handphone ni, aku tak nak bagitahu lagi handphone dah jumpa. Nak bagi dia rasa bersalah dulu 4-5 hari. Hohoho.



1 KOMEN

  1. salam ziarah & follow sini..

    syukur ada lagi rezeki dengan hp tu. Biasanya HP kalo hilang, susah nak jumpa balik. Kalau ada pun, rasanya 1 dalam 100 kes jer yg jumpa balik. Selebihnya lesappppppppppp melainkan hp tu 3310 yg org x nak tuntut.

    PApepun, pengajaran utk Khair. Dan peringatan utk kita juga sebagai ibu bapa 🙂

    btw, jemput singgah blog kite

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini