Bila Kali Pertama Gigi Berlubang


Dah berumur 6 tahun lebih, tahun depan darjah 1. Throwback 2 minggu lepas merupakan kali pertama Khair kena pergi klinik gigi. Sebabnya dia bagitahu aku, gigi geraham dia rasa sakit bila nak makan.

Aku.. sebagai daddy penyayang. Terus suruh dia nganga. Suluh terus masa dia bagitahu sakit untuk tengok apa masalahnya. Tapi malangnya.. tak berapa nak nampak apa punca.

Memandangkan waktu dia bagitahu tu pulak, aku dengan wife baru balik kerja.. dan masa pun macam awal lagi nak balik rumah, anggaran masa dalam jam 8 malam. So, aku cuba call beberapa klinik gigi untuk cubaan walk-in untuk periksa gigi Khair.

Call punya call.. klinik yang ke-4 bagi berita gembira. Boleh walk-in, tapi kena cepat. Sebab takut ramai nanti tak sempat buat. Klinik tersebut ialah Klinik Pergigian Norshah. Lokasinya dekat Seksyen 8 Bangi, so tak jauh sangat pun dari kedai yang kitorang tengah makan.

Lantas, aku confirmkan terus dengan wakil klinik yang bertugas dan bagitahu dia lagi 10 minit kitorang sampai.

Tiba di Klinik Pergigian Norshah, 25 minit menunggu (sebab ada 2 patient sedang buat treatment gigi).. kemudian, Khair pun dipanggil doktor. Doktor senyum dan tanya dia apa masalah. Dia sambil tersipu-sipu malu, lalu aku pun jawab pada doktor.. “Dia kata gigi dia sakit masa makan, doktor”.

Lalu, doktor pun suruh dia berbaring atas kerusi, lampu dipasang dan cermin disua ke dalam mulut. Check punya check.. Ahaaa.. doktor pun bagitahu apa masalahnya. Dia ada 2 batang gigi berlubang. 1 geraham atas, 1 geraham bawah.

Yang paling teruk berlubang adalah geraham atas, besar lubangnya. Sebab tu doktor kata bila makan rasa sakit. Dah nak kena pada saraf gigi. Hohoho.

Nasib baik buat Khair sebab gusi dia tak bengkak dan sakit pun baru nak mula, jadi doktor decide untuk tampal terus gigi tu. Untuk elakkan sakit tu berlanjutan.

Dia yang pada mulanya takut jugak bila dengar doktor kata macam tu, aku pun mainkan peranan untuk tenteramkan dia. Sambil-sambil bebel lain kali jangan coklat banyak-banyak, dia iyakan aje.

Doktor suruh nganga, dia nganga. Doktor suruh kumur, dia kumur. Cuma kadang-kadang tu nampak badan dia macam terangkat-angkat sikit la bila doktor gerudi gigi dia untuk betulkan tempat berlubang tu supaya simen tampalan gigi dapat diletakkan dengan betul.

Nangis? Tak.. Good boy sangat. Hehehe.

Dalam 15-20 minit, gigi pun berjaya ditampal. Doktor tanya, sakit lagi tak gigi berlubang tu. Terus je dia jawab tak sakit dah. Sambil senyum-senyum, bangga diri kat ibu dia sebab katanya tak sakit. Ceh.. drama betul. Hahaha.

Total bayaran untuk tampal 2 batang gigi geraham Khair hanya RM110. Aku tak tahu nak kata mahal atau murah. Bagi aku harga tu normal la kot.

Cuma nak dijadikan cerita tambahan, bilamana tampalan pada geraham atas tu tercabut malam tu jugak. Tak tahu apa punca dia, mungkin sebab Khair main-main dengan lidah kot masa simen tampal tu belum betul-betul keras.

Namun, pada keesokannya bila kitorang repeat pergi balik ke klinik gigi untuk proses menampal semua gigi yang berlubang tu, klinik gigi tersebut tak kenakan caj pun. Free je. Dan Alhamdulillah, tampalan tu pun nampak masih kuat melekat di gigi geraham Khair. Hehehe


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini