Hari ini dalam sejarah. Pertama kali berdebar bila mana dapat berita mengenai Khair.
Tengah syok-syok buat kerja di pejabat, aku terima call dari ayah aku dari Servis Center Perodua Serdang,
Khair ada kat klinik. Ada semut masuk dalam hidung.
Hah.. rasa macam nak percaya tak nak percaya. Semut masuk hidung? Biar betul. Hembus je la balik. Kan senang. Tapi kalau tak percaya pun nak buat macam mana, itu la ayat yang keluar daripada mulut ayah aku. Dengar Khair melalak dalam telefon. Cemas gila.
Tapi.. Khair kan budak lagi. Kalau fikir balik, mana dia reti nak hembus keluar. Lagi disedutnya ada lah.
So, lepas je dengar berita macam tu, terus aku apply time-off. Nak pergi klinik yang ayah aku tinggalkan Khair dengan mak aku sementara dia pergi sambung balik servis kereta.
Cakap kat bos,
Bos, saya nak time-off. Nak pergi klinik, anak ada emergency case.
Nasib baik bos sporting. Terus sign tanpa banyak bunyi.
Sampainya aku di klinik, tengok Khair tengah tidur. Rupa-rupanya tadi ayah aku tersilap cakap. Bukan semut yang masuk dalam hidung, tapi kacang.
Kacang??
Kacang??
Hmm.. Mak aku cerita, rupanya kacang yang termasuk dalam hidung adalah kacang yang dia pegang masa menonton TV di pusat servis tadi. Agaknya Khair dah terlebih khusyuk sangat, sampai tersilap masukkan kacang kedalam hidung.

Haih.. Khair.. Khair. Kalah rekod daddy. Dulu rekod daddy just masukkan cebisan span dalam hidung. Itu pun hanya cebisan kecil. Dapat giliran anak, nah.. terus sumbat kacang. Bertuah betul.

p/s: Khair nampak daddy terus je tunjuk hidung dia yang baru doktor keluarkan kacang. Nak bermanja. Lucu pulak rasa. Hahaha.
tuuu diaaaaa.. sedut kacang. mesti mula2 ko imagine semut besor kan? ala khair.. khair…
Perkara normal ni. Hehe. Dulu kecik2 kacang hijau pun boleh jugak nak dicuba masuk dalam hidung.
ikut daddy dia masa kecik2 dulu la tu
nasib baik tak apa-apa..kalau tak memang risau sangat-sangat dibuatnya..
kuah dah tumpah kenasi…nak buat magic kot….heee
Alhamdulillah takde apa-apa.
Lawak la Khair ni..nk masukkan kacang dalam mulut tapi termasukkan dalam hidung pulak..mujur takde apa2..
‘anak daddy’ betul la khair ni..sian dia..besar gak kacang tu ye..
like father, like son lah. haha
Pn. Waktu tu Pn pergi ke hospital atau klinik swasta sahaja?