Alhamdulillah, settle dah pinjaman MARA. Dah kurang satu hutang dipinggang. Dulu.. dah dapat pernah dapat pengurangan, sekarang dapat kurang lagi.
Lega weh.. Serius lega.
Terima kasih pada MARA yang menawarkan Insentif 50% (diskaun) baru-baru ni. Aku ingatkan pada mulanya tak menepati syarat, tapi bila dah cuba apply rupa-rupanya permohonan diluluskan pulak.
Rezeki.
Daripada jumlah baki pinjaman RM7000+, terus berkurang jadi RM3500+. Banyak tu beza.
Cuma syaratnya.. Bila permohonan dah diluluskan, baki tersebut kena bayar lump sum dalam tempoh 30 hari.
Ahh.. Itu tak ada masalah, asalkan lulus, duit boleh dicari. Korek tanah tepi pagar sikit, cari bawah bantal sikit, goyang-goyang kaki sikit.. 2-3 hari terus cukup. Hehehe.
Yelah.. Sementara ada peluang, lebih elok aku bayar cepat-cepat daripada menanggung hutang yang banyak, walaupun pada asalnya MARA memang dah baik hati bagi kelonggaran untuk bayar pinjaman tersebut melalui jadual bayaran yang ditetapkan (rasa serik sangat dah bila pernah kena senarai hitam oleh MARA dulu). Hee..
Sekarang.. hilang satu komitmen. Lepas ni dah boleh fokuskan diri untuk bantu puan isteri settlekan PTPTN dia pulak. Total RM16K nak kena bayar. Mohon korang doakan semoga segala urusan aku untuk bantu puan isteri dipermudahkan ye. Aminnn.
Cara-Cara Nak Mohon Insentif (Diskaun) Peminjam Pinjaman Pelajaran Mara
Mudah je.
Korang cuma perlu pergi ke laman web insentif50.mara.gov.my, kemudian isi borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.
Muat naik salinan skroll ataupun sijil diploma/degree/master korang (dengan pengesahan “Original”) di bahagian lampiran (Ataupun, ambil je gambar guna fon, cuma kena pastikan gambar skroll/sijil tu clear dan center).
Kemudian, tekan butang hantar.
Korang tak akan menerima sebarang notifikasi mengenai status permohonan sama ada diluluskan ataupun tidak, tetapi status permohonan ini boleh disemak di laman web yang sama selepas 1-14 hari bekerja.
Nota: Melalui info yang rakan-rakan kongsikan diruangan komen status FB aku, diorang kata.. pada yang pernah dapat pengurangan bayaran pinjaman, most probably diskaun yang korang akan dapat sekiranya permohonan diluluskan adalah 20% je, bukan 50%.
p.s: Nak tanya detail, call MARA sendiri. Aku bukan kaunter pertanyaan. Hahaha.
Update: Selepas pembayaran selesai, korang akan dapat surat pengesahan. Rujuk entri ni >> Selesai Hutang Mara.
actually lepas permohonan diluluskan MARA akan bagitau melalui e-mail 😉
dan ye..pada sesiapa yang dah pernah dapat pengurangan (conversion) hanya layak terima 20% dari baki semasa.
Saya tak dapat email. Email saya aktif 24/7.
Alhamdulillah…
Tahniah… Lepas ni senanglah nak pergi melancong ke luar negara… 😉
tahniah bro..ehehe..janji setel ye tak
nak tanya bagaimana nak cek kelulusan permohonan pengurangan 20% tu ye.adakah melalui email atau bagaimana nak cek lulus atau tak melalui laman web yang sama?
Selamat lah …sdh terlepas lah hutang 2 nya … Habis tu tinggal lah melancong keluar negeri kan ???
Assalamualaikum,
“Muat naik salinan skroll ataupun sijil diploma/degree/master korang (dengan pengesahan “Original”) di bahagian lampiran (Ataupun, ambil je gambar guna fon, cuma kena pastikan gambar skroll/sijil tu clear dan center).”
Q: Pengesahan “original” tu daripada siapa? Pesuruhjaya Sumpah?
Thank you.
Tak buat pengesahan. Snap dan hantar.
Assalamualaikum… Boleh ke kita tahu berapa anggaran jumlah setelah pengurangan diterima nanti? Dan andainya jumlah itu kita tidak mampu nak langsaikan setelah pengurangan diterima seperti yang diminta, ada tindakan lain yang dikenakan atau kita cuma perlu bayar seperti biasa?
Maaf kalau soalan saya macam sedikit pelik… Sebab sy cuba hubungi pejabat tapi tiada maklum balas,…
assalamualaikum,
berkenaan bayaran insentif 50%. kakak telah mendapat kelulusan bayaran.
tapi kakak tidak tahu untuk langkah seterusnya. boleh kah adik menolong kakak
adakah kakak perlu membuat bayaran dahulu dan muat naik resit atau macam mana.
sebab dalam laman web tu suruh cetak surat. bila kakak tekan cetak surat tak ada surat yang dicetak
adakah surat daripada mara seperti contoh yang adik bagi tu dikeluarkan selepas kakak buat bayaran dan muat naik resit byrn.
sekian….tolong kakak tempoh tamat telah hampir
Wsalam. Cetak surat tu untuk tengok surat yang meluluskan permohonan insentif tu je kak. Macam saya, pergi buat bayaran dekat kaunter bayaran MARA. Dah habis bayar, selang beberapa hari sistem akan kemaskini status.
kena tunggu pengesahan dari mana kalau dah lulus encik? melalui sms ke atau email? encik tak dapat melalui email kan? tq encik.
macamana nak semak permohonan 50% tu lulus..bukan 3-7 hari ke mnurut syarat2 yg ditetapkan
Kena selalu semak dekat web
macamana nak semak permohonan 50% tu lulus..bukan 3-7 hari ke mnurut syarat2 yg ditetapkan
Kalau dah lepas 14 hari pun xda updated respond kat website insentif 50%, call je terus Pn.Siti Roslina 0326132197.