in

Bila Hidung Haziq Tersumbat Buah Laici


Aduyai.. nasib baik ada orang komen dekat entri lama “Hidung Khair tersumbat kacang“. Terus tiba-tiba teringat beberapa minggu yang lepas waktu bulan Ramadan pun berlaku kejadian yang hampir sama untuk Haziq. Cumanya untuk kes Haziq ni, hidung dia bukan tersumbat kacang.. tapi tersumbat buah laici.

Hahaha.

Mesti ada yang pelik kan macam mana boleh tersumbat buah laici. Sebenarnya, aku dengan wife pun tak tahu macam mana laici tu masuk dalam hidung dia. Sedar-sedar je masa kitorang tengah sedia nak berbuka, tiba-tiba je dia datang nangis.

Wife panik panggil aku, aku pun secara tiba-tiba panik kejap. Tapi panik kejap je la.. dalam 10 saat gitu. Fikir punya fikir macam mana nak keluarkan laici tu.. mula-mula aku try tiup lubang hidung Haziq, kot-kot la laici tu boleh masuk ke dalam lepas tu keluar melalui kerongkong. Tapi percubaan pertama.. Gagal.

Fikir cara lain.. aku suruh Haziq keluarkan sendiri. Aku bagi arahan suruh hembus hingus (sebab dia tahu macam mana nak hembus hingus). First try.. hembus slow. Kali kedua aku suruh hembus lagi kuat.

Plupp.. terkeluar seketul isi buah laici . Yeay berjaya. Nasib baik la dapat keluar. Kalau tak, terpaksa tinggalkan juadah berbuka untuk ke klinik. Hahaha.

Ini lah budaknya. Sampai ke sudah macam mana laici tu masuk dalam hidung masih lagi jadi persoalan yang misteri. Hohoho.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Ish nasib baik lah wife sedar & boleh keluarkan. Mcm adik i kecik dulu, dia sumbat beads langsir ke dalam hidung dia sampai dah berbau busuk baru lah kitorang sedar. Pergi hospital kena sedut keluar berdarah darah laa jugak. Ngeriiii hehe

Leave a Reply to Mama Kembar Tiga Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *