Dalam berjaga-jaga tu tak sangka boleh terkena jugak. Ingatkan Haziq sekadar terkena pnuemonia je lepas tengok Paediatrician tunjuk result x-ray paru-paru Haziq penuh dengan kahak. Tapi rupa-rupanya.. result pemeriksaan hingus Haziq daripada lab menunjukkan dia positif Influenza A jugak.
Adoyai.. masa tu dalam hati dah tertanya-tanya.. Haziq dapat kat mana la virus ni. Nak kata kitorang pergi travel, tak ada pun.
Cumanya teringat bila wife pernah bagitahu masa diorang pergi follow up checkup kat hospital beberapa hari sebelum tu, ada seorang budak yang duduk berdekatan dengan diorang disahkan Influenza A jugak. Walaupun tak ada physical contact, aku syak mungkin Haziq terkena jangkitan melalui pengudaraan yang tertutup kat hospital tu.
Haih.. pasrah je la. Kalau lah boleh undur masa kan..
So, bila Haziq dah terkena Influenza A ni.. nak tak nak dia memang kena on ubat anti viral la. Aku sangkakan ubat anti viral ni kena cucuk, tapi rupa-rupanya ubat makan je pun. Warna putih susu. Haziq cakap ubat tu tak sedap. Hahaha.
Lepas tu campur juga dengan treatment untuk pneumonia, maka Haziq kena ambik antibiotik dan neb jugak. Dan, kat tangan kena cucuk masuk air sebab dia dah tak lalu makan berapa hari.
Well, kalau bercerita bab makan ubat.. Syukur Alhamdulillah walaupun banyak ubat kena makan.. nasib baik Haziq jenis mudah makan ubat. Masuk air kat tangan tu pun, dia boleh bagi kerjasama yang baik dengan nurse dan doktor. Jadi setakat ni treatment berjalan dengan lancar. Hari ni hari kedua kat An-Nur Specialist Hospital, doktor cakap condition dia much better compared to the first day dia warded.
Dan nak kongsikan cerita ini jugak, bilamana selepas Haziq disahkan positif Influenza A tu.. aku cepat-cepat suruh wife ajak Khair pergi jumpa doktor kat Emergency untuk buat pemeriksaan Influenza jugak, sebab diorang berdua ni dalam kategori agak berisiko dan dah ada simptom. Kot-kot la terkena jugak, boleh terus request doktor untuk treatment kan.
Tapi nasib baik.. lepas dapat result lab, Khair dan wife aku yang tengah pregnant tu disahkan selamat. Result diorang masing-masing menunjukkan -ve Influenza A. Cumanya untuk menghindarkan terkena jangkitan daripada Haziq (sebab diorang close contact).. doktor bekalkan ubat jugak (for prevention). Kena habiskan ubat tu dalam masa beberapa hari ni. Fuhh.. lega. So tinggal jaga Haziq sorang sampai dia sembuh sepenuhnya. Hopefully tak lama kena duduk hospital. Huhuhu.
Semoga diberikan kesembuhan buat Haziq..
semoga hziq lekas sembuh…bnyk2 doa jua
semoga hziq lekas sembuh…bnyk2 doa jua. jaga diri , anak2 dan wife yg pregnant
moga haziq cepat sembuh
Allahu. semoga dipermudahkan segala urusan dan haziq kembali sihat seperti sediakala bebas influenza. aamiin
Semoga cepat sembuh. Bahaya skrg kan.. jangkit di tempat tak di sangka2
Semoga cepat sembuh.